Utusan Borneo (Sabah)

Felix dipilih ketua bahagian Upko Beluran baharu

-

BELURAN: Ahli Majlis Tertinggi Upko Felix Datuk Joseph Saang dipilih sebagai ketua bahagian Upko Beluran yang baharu sempena Mesyuarat Agung Tritahunan Upko Bahagian Beluran.

Majlis itu dirasmikan oleh Pemangku Presiden Upko yang juga Timbalan Ketua Menteri serta Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Pemilihan kepimpinan yang dijalankan secara harmoni dan dalam suasana yang penuh keakraban oleh Upko Beluran, menunjukka­n kematangan politik Upko Beluran.

Barisan kepimpinan Upko bahagian yang dibarisi oleh pemimpin lama dan golongan muda, meremajaka­n bahagian adalah suasana bijak yang telah diputuskan oleh perwakilan secara sebulat suara.

Felix yang merupakan penduduk asal Kampung Telupid adalah pemimpin yang telah lama ditunggu oleh Upko Bahagian Beluran untuk ‘balik kampung’ menerajui kepimpinan. Beliau seorang pemimpin muda yang berwibawa, senang mesra dengan semua golongan masyarakat.

Dalam lawatannya di beberapa cawangan Beluran, Nangoh dan Telupid sempena Mesyuarat Agung Tritahunan cawangan cawangan sebelum ini, beliau memberi penjelasan mengenai tindakan Upko meninggalk­an BN dan bekerjasam­a dengan Warisan dan Pakatan Harapan untuk membentuk Kerajaan Negeri Sabah.

Beliau merasa gembira dan teruja kerana Upko Beluran sudah menerima seramai 400 ahli baharu dari seluruh kawasan Beluran. Antaranya, Reverend Augustine Saang dari PBS, Mervin Enty mantan calon Bebas, James Miki mantan calon PCS, Benjamin Gurang mantan ketua cawangan PBS, Dr Mahendra, Geory Gambidau, Marius Samidau dan OKK Awang Bangis Hj Terawi mantan pemimpin Umno Beluran.

Mereka menyerahka­n borang keahlian kepada Madius semasa perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan Upko Beluran.

Felix merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan Ketua Bahagian OKK Jair Munty yang telah banyak menabur bakti dan jasa kepada keutuhan Upko Beluran selama ini.

“Saya menyedari tugas dan tanggungja­wab yang berat menanti di hadapan tetapi saya yakin dengan adanya kerjasama erat, persefaham­an dan etika kerja yang tinggi mampu membawa Upko Beluran lebih jauh,” katanya.

 ??  ?? MADIUS dan Felix serta ahli Upko Beluran yang menghadiri mesyuarat itu.
MADIUS dan Felix serta ahli Upko Beluran yang menghadiri mesyuarat itu.
 ??  ?? FELIX
FELIX

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia