Utusan Borneo (Sabah)

Pembelajar­an luar bilik darjah lebih berkesan

MRSM KK anjur Program Khidmat Masyarakat di SRK St David, SK Kipaku Tambunan

- Oleh SALMAN ABADI

TAMBUNAN: Pengalaman dan pengetahua­n amat penting dalam proses pembelajar­an, dan pelajar yang mempunyai pengalaman lebih kreatif serta matang kerana pelajar telah berhadapan situasi sebenar dan bukan sekadar teori yang disampaika­n oleh guru di dalam kelas.

Demikianme­nurutPenge­tua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu Gilbert Wong Kia Kiat.

Menurut satu penelitian katanya, kaedah pembelajar­an di luar bilik darjah lebih berkesan bagi meningkatk­an pemahaman pelajar terhadap sesuatu perkara.

“Bertitik tolak atas perkara ini, maka Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) MRSM Kota Kinabalu sekali lagi menganjurk­an ‘Program Khidmat Masyarakat’ untuk para pelajar, khasnya di kawasan pedalaman,” katanya.

Pada kali ini, daerah Tambunan menjadi pilihan dengan menyasarka­n dua sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St David Toboh dan SK Kipaku, di sini sebagai lokasi pelaksanaa­n program itu.

Kaunselor MRSM Kota Kinabalu Jolifuliza­n Jais berkata seramai 50 pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan menyertai program sehari itu.

Katanya, ia dilaksanak­an sebagai satu kaedah untuk melatih kemahiran pelajar dalam berinterak­si dengan masyarakat serta mempelajar­i cara-cara mengurus sesuatu program.

“Selain itu, pelaksanaa­n program itu juga merupakan satu usaha daripada pihak MRSM Kota Kinabalu untuk menyebarka­n maklumat serta mempromosi­kan MRSM sebagai pilihan untuk melanjutka­n pelajaran ke Tingkatan Satu kelak,” katanya.

Program berkenaan dimulakan seawal jam 8 pagi dengan aktiviti ‘ice breaking’ bagi mewujudkan kemesraan dalam kalangan pelajar seterusnya pembahagia­n kumpulan bagi memudahkan aktivitila­tihandalam­kumpulan (LDK) dijalankan.

Antara program yang dijalankan ialah ‘Ken Ken’ dan ‘Hidden Message’. Semua aktiviti itu dapat menguji kemahiran pelajar untuk menyelesai­kan masalah dalam matematik.

Aktiviti itu menuntut pelajar untuk lebih aktif berkomunik­asi dalam kumpulan supaya boleh mendapatka­n jawapan yang tepat.

“Kaedah pembelajar­an di luar bilik darjah lebih berkesan bagi meningkatk­an pemahaman pelajar terhadap sesuatu perkara. ” GILBERT WONG KIA KIAT Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu

Dalam aktiviti berkenaan, para pelajar dapat mengenali tokoh-tokoh matematik dunia.

Aktiviti kedua iaitu ‘science attack’ yang mana muridmurid melakukan aktiviti seperti membuat menara serta membuat eksperimen mini gunung berapi.

“Aktiviti ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep kestabilan serta maklumat tentang bagaimana gunung berapi terjadi,” jelas Jolifuliza­n sambil menambah, aktiviti itu dapat menarik minat murid dalam mata pelajaran sains dan juga matematik.

Sementara itu, Guru Besar SRK St David Paugine Laurance dalam ucapannya berkata, “program motivasi seperti ini jarang sekali diadakan dan agak berbeza daripada program yang saya temui sebelum ini.”

Katanya, tidak dinafikan lagi bahawa melalui penilaian saya terhadap pelaksanaa­n program itu, dapat disimpulka­n bahawa pelajar MRSM Kota Kinabalu mempunyai sifat kepemimpin­an yang tinggi serta pemikiran yang kreatif.

Dalam program itu, Jolifuliza­n selaku kaunselor MRSM Kota Kinabalu menyampaik­an maklumat tentang syarat kemasukan dan cara memohon kemasukan ke MRSM.

“Selain perkongsia­n ilmu, program ini juga bertujuan mempromosi serta menyampaik­an maklumat tentang kelayakan serta tatacara memohon kemasukan ke MRSM,” katanya.

Di akhir program itu, Paugine menyempurn­akan majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah seperti hamper dan alat tulis diberikan kepada setiap kumpulan sebagai tanda galakan dari pihak fasilitato­r (MRSM) atas usaha murid-murid dalam menyertai dan menjayakan program itu dengan penuh minat dan kesungguha­n.

 ??  ?? MURID sedang melakukan eksperimen gunung berapi yang ternyata menarik minat mereka dalam mempelajar­i sains.
MURID sedang melakukan eksperimen gunung berapi yang ternyata menarik minat mereka dalam mempelajar­i sains.
 ??  ?? PAUGINE menyampaik­an hadiah kepada Miguel Marcus, pelajar Tahun 4, SK Kipaku.
PAUGINE menyampaik­an hadiah kepada Miguel Marcus, pelajar Tahun 4, SK Kipaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia