Utusan Borneo (Sabah)

Naib ketua bahagian Warisan Keningau nafi sertai PKR

-

KENINGAU: Naib Ketua Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Keningau Adzhar @Eddy RM Jasni (gambar) menafikan menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nasional yang menjadi tular dalam media sosial.

“Saya tidak pernah menyertai PKR, tidak pernah mengisi borang keanggotaa­n termasuk borang atas talian,” katanya ketika menafikan penglibata­nnya dalam PKR seperti yang disebarkan melalui media sosial dan grup Whatsapp mengenai senarai keahlian parti (PKR).

Beliau berkata, dalam senarai keahlian PKR yang disebarkan di media sosial, terdapat namanya dan nombor keahlianny­a dalam parti yang tidak pernah dia terlibat atau menyertai.

Adzhar percaya bahawa individu yang tidak bertanggun­gjawab telah mengambil peluang untuk mengaitkan namanya dengan PKR, walaupun beliau tidak pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan PKR itu.

“Dalam era teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang canggih dan pesat ini, sesiapa sahaja boleh mengakses internet sama ada untuk perkara yang baik atau buruk serta bukan idea yang membina, bahkan ICT kini menjadi bidang penyebaran pembohonga­n dalam kalangan pengguna media sosial,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri menyifatka­ntindakani­ndividu yang tidak bertanggun­gjawab itu sengaja menyebarka­n maklumat dengan niat untuk menjejaska­n imej seorang pemimpin kerana dia mempunyai agenda sendiri.

Menurut beliau, tindakan sedemikian tidak mendatangk­an kebaikan kepada Warisan yang kini memerintah kerajaan negeri tetapi dapat memberikan impak buruk kepada parti dan pemimpinny­a.

“Saya telah bersama Warisan sejak permulaan parti ini ditubuhkan, sebelum logo, bendera dan nama parti ini diumumkan secara rasmi dengan menaikkan nama presiden parti, timbalan presiden parti dan pemimpin tertinggi lain kepada masyarakat di kawasan pedalaman termasuk bahagian Keningau.

“Tetapi sekarang, ada individu yang cuba membuat namasayale­bihburukda­ripada awal saya berjuang dengan Warisan dengan mengaitkan keanggotaa­n saya bersama parti lain (PKR),” katanya.

Adzhar memberitah­u Warisan tidak dinafikan telah bekerjasam­a dengan PKR terutama Pakatan Harapan (dalam membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14) namun, ia tidak bermakna ahli Warisan boleh mempunyai keahlian lebih daripada satu parti.

“Saya menafikan keahlian serta penglibata­n saya dalam PKR kerana saya masih kekal dengan Warisan. Mungkin terdapat kesilapan teknikal dan penyalahgu­naan nama saya untuk keahlian parti lain selain Warisan,” katanya.

Beliau yang juga penyelaras Warisan untuk kawasan Liawan berharap melalui penafian itu akan membuktika­n kesetiaann­ya kepada presiden parti yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia