Utusan Borneo (Sabah)

Wanita sedia hadapi cabaran penyatuan Umno

-

KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Umno Sabah mengingatk­an ahlinya supaya kekal bersatu dan terus berpegang kepada prinsip perjuangan asal parti itu iaitu demi membela agama, bangsa dan negara.

Meskipun berada di pihak pembangkan­g, Wanita Umno mahu semua ahlinya menerima situasi itu dengan hati terbuka untuk mereka berusaha memperbaik­i segala kelemahan yang mengundang kepada kekalahan besar Barisan Nasional (BN) dan Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Ketuanya Datuk Jainab Ahmad berkata, cabaran penyatuan dalam Umno yang dihadapi oleh semua ahlinya wajar dijadikan sebagai motivasi untuk menggembal­ikan maruah parti itu terutama di mata rakyat.

“Dalam mesyuarat Wanita Umno Sabah yang pertama kali diadakan hari ini, kami telah menyatakan untuk kekal dalam Umno dan walau apapun terjadi kami tahu pada masa ini adalah pembangkan­g… terima semua ini dengan motivasi yang tinggi.

“Bagi kita, Umno sebenarnya masih relevan di Sabah dan bagi kami Umno negeri adalah untuk bumiputera termasuk yang bukan Islam. Jadi, kami akan memperjuan­gkan autonomi kami, kita tidak perlu ke Semenanjun­g, kita ada pemimpin Umno negeri yang hebat belaka untuk bersuara dan memperjuan­gkan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya selepas mesyuarat pertama pergerakan itu di Bangunan Umno Sabah pada Isnin.

Jainab berkata, walaupun Umno berdepan pelbagai cabaran ketika ini termasuk isu pembekuan akaun, Wanita tetap menjalanka­n aktiviti dan program kemasyarak­atan masingmasi­ng dengan konsep ‘work smart’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia