Utusan Borneo (Sabah)

Road Tour Int3Tree kini di Tawau

- Oleh NORHAYATI TANGNGA

TAWAU: Rezkifajar Sdn Bhd, syarikat bagi jenama Int3Tree yang pertama di Malaysia, iaitu produk makanan tambahan minda untuk kanak-kanak, telah menganjurk­an program Int3Tree bagi membantu suri rumah raih pendapatan lima angka, pada Ahad.

Pengasas Produk Int3Tree Sudirman Abdul Rahman berkata jenama Int3Tree telah dilancarka­n pada Februari 2017 dan mendapat sambutan yang sungguh memberangs­angkan serta mendapat pengiktira­fan dan anugerah Asia Pacific Super Health Brand, Asia Pasific Top Golden Brand Products, selain ikon Usahawan dari Times Niaga.

“Int3Tree merupakan makanan tambahan minda yangsunggu­hlazatdisa­mping membantu perkembang­an minda para pelajar selain itu, ia juga menyuntik elemen pemikiran mood positif dalam diri pelajar agar minda mereka seimbang dengan perasaan,” katanya.

Setelah lebih setahun produk Int3tree berada di pasaran, Sudirman kini membuka peluang kepada golongan surirumah untuk menjadi ‘dropship’ bagi menjana pendapatan tambahan.

Menurutnya tiada modal mahupun bayaran dikenakan kepada mereka yang berminat menjadi dropship produknya.

Syarikat juga akan memberi tunjuk ajar dalam mempromosi­kan produk.

Beliau berkata banyak insentif yang ditawarkan kepada pengedar dan stokis yang berjaya mencapai sasaran jualan.

“Sebagai galakan, kita tawarkan hadiah kereta berjenama mewah sekiranya mereka berjaya mencapai jumlah tertentu. Selain itu, mereka juga ditawarkan menunaikan umrah,” katanya.

 ??  ?? SUDIRMAN bergambar kenangan bersama pengedar dan stokis
SUDIRMAN bergambar kenangan bersama pengedar dan stokis
 ??  ?? SAIDA mendapat pakej mengerjaka­n umrah 2018.
SAIDA mendapat pakej mengerjaka­n umrah 2018.
 ??  ?? RIVOL Dewi Kartini juga menerima seutas jam tangan dan replika cek daripada Sudirman.
RIVOL Dewi Kartini juga menerima seutas jam tangan dan replika cek daripada Sudirman.
 ??  ?? SUDIRMAN menyampaik­an replika cek dan seutas jam tangan kepada Ardianah.
SUDIRMAN menyampaik­an replika cek dan seutas jam tangan kepada Ardianah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia