Utusan Borneo (Sabah)

Op larangan merokok: 172 notis dikeluar

-

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri mengeluark­an 172 notis kesalahan merokok dengan kompaun bernilai RM43,000 menerusi operasi khas di kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR) di Pantai Batu Buruk, di sini.

Ketua Penolong Pengarah Unit Inspektora­t dan Perundanga­nnya Mohamad Jaafar berkata operasi dua hari sejak Ahad lepas itu disertai 97 anggota penguat kuasa kesihatan dari lapan daerah termasuk bantuan sembilan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

“Hasil operasi di kawasan itu mendapati masih ramai orang awam yang berdegil dan enggan mematuhi peraturan yang dikuat kuasa walaupun telah banyak notis larangan merokok dipasang di kawasan itu.

“Paling menyedihka­n kami apabila mendapati banyak puntung dan kotak rokok bersepah di depan papan tanda larangan yang besar di sekitar kawasan ini, seolaholah perokok ini memang sengaja tidak mempedulik­an larangan itu,” katanya kepada Bernama pada Selasa.

Operasi bermula 10 pagi hingga 9 malam itu tertumpu di kawasan Medan Selera Pusat Kolam Renang, Medan Selera Batu Burok, Medan Selera Laluan Pantai Batu Buruk dan kawasan pentas utama Batu Buruk.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohammad Omar berkata Batu Buruk adalah kawasan pertama di negeri ini yang diwartakan sebagai lokasi TBAR pada 13 Julai 2017 mengikut Seksyen 22 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Ia melibatkan kawasan seluas 48.85 hektar iaitu Jalan Haji Busu yang bermula dari Istana Al Muktafi Billah Shah hingga ke Mayang Village, persimpang­an lampu isyarat kediaman Menteri Besar bermula Jalan Sultan Mahmud hingga ke persimpang­an Warung Pak Maidin. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia