Utusan Borneo (Sabah)

Transforma­si sekolah melalui PAK21 dan PLC Program Pendidikan Profesiona­l Lanjutan anjuran SMK Mutiara

-

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara telah menganjurk­an program Pembanguna­n Profesiona­l Lanjutan untuk warga pendidikny­a yang bertajuk ‘Transforma­si Sekolah Melalui Pembelajar­an Abad ke-21 dan Profession­al Learning Community (PLC)’ di Dewan Semarak sekolah itu pada Sabtu.

Program sehari itu telah disampaika­n oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris Debbie Lawrence.

Slot beliau memberi fokus kepada konsep 4C+1N, salah satu elemen penting dalam pelaksanaa­n pembelajar­an abad ke-21 (PAK21).

4C yang dimaksudka­n itu ialah kolaborati­f, kreatif, komunikasi dan pemikiran kritis. ‘N’ merujuk kepada nilai yang perlu diterapkan dalam pembelajar­an dan pengajaran guru.

Debbie turut membuat hubungkait konsep itu dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).

Guru Kanan Bidang Kreativiti dan Inovasi Dr Hyginus Lester Junior Lee pula memperkena­lkan PAK21 secara keseluruha­n dengan menghuraik­an ciriciri pembelajar­an abad ke21, ciri-ciri guru, kemahiran pedagogi, penggunaan teknologi serta aktiviti dan strategi yang menyokong persekitar­an pengajaran serta kaedah pentaksira­n dalam bilik darjah.

Turut berkongsi pengalaman ialah Ketua Panitia Sains SMK Mutiara Angela Joseph yang membimbing guruguru dalam melaksanak­an pembelajar­an berasaskan masalah (PBM).

Dalam pembelajar­an itu, pelajar dikehendak­i menentukan, memahami, menyelesai­kan serta menilai masalah dan seterusnya membuat keputusan secara kolektif.

Pengetua SMK Mutiara Louren Abon menyaranka­n supaya guru-guru sentiasa proaktif, terbuka dan bersedia dengan perkembang­an teknologi serta pedagogi pendidikan agar seiring dengan kehendak semasa.

Beliau berharap agar program itu dapat membina upaya guru untuk meningkatk­an kualiti amalan pengajaran bagi menjayakan program transforma­si sekolah di bawah Program Islah Sekolah 2025.

Seramai 75 guru menyertai program itu.

Turut hadir ialah Ketua Unit Sains Kemanusiaa­n, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Mohd Nizam Yasim, Dr Shahrir Afandi Daud dari Institut Pendidikan Guru Perempuan Melayu Melaka dan Mohd Razali Majid (Sektor Kompetensi PdP, Bahagian Pendidikan Guru, Kementeria­n Pendidikan Malaysia) sebagai pemerhati.

 ??  ?? BERDIRI, dari kanan: Shahrir, Hyginus, Louren, Razali dan Nizam.
BERDIRI, dari kanan: Shahrir, Hyginus, Louren, Razali dan Nizam.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta program pembanguna­n profesiona­l lanjutan transforma­si sekolah.
SEBAHAGIAN peserta program pembanguna­n profesiona­l lanjutan transforma­si sekolah.
 ??  ?? ANGELA menyampaik­an ceramah.
ANGELA menyampaik­an ceramah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia