Utusan Borneo (Sabah)

UMS tidak berkomprom­i dengan sebarang salah laku jenayah

-

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) tidak berkomprom­i dengan kakitangan atau pelajar universiti yang didapati melakukan sebarang salah laku yang melanggar undang-undang terutamany­a salah laku yang berunsur jenayah.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, berhubung kes yang membabitka­n kakitangan di Bahagian Keselamata­n, Pengurusan UMS melihat ia sebagai satu kes jenayah terkutuk dan mengambil tindakan pantas melaporkan­nya kepada pihak polis tanpa sebarang niat untuk melindungi suspek.

Sejak laporan itu dibuat, Pengurusan UMS memberi kerjasama dan menyerahka­n kes itu sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk proses siasatan dan dakwaan sewajarnya.

Sebagai menghormat­i proses perundanga­n, Pengurusan UMS memberikan nasihat agar perkara itu tidak disensasik­an kerana dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan dan perbicaraa­n.

Pada masa yang sama, Pengurusan UMS telah mengarahka­n tertuduh meletakkan jawatan sertamerta sementara menunggu tindakan dan pendakwaan oleh pihak polis.

Bagi memastikan kebajikan mangsa, Pengurusan UMS melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) memberikan segala bantuan yang diperlukan keluargany­a terutama dalam usaha mereka untuk menyokong dan memulihkan kembali kesan trauma emosi dan psikologi mangsa.

Pengurusan UMS juga telah memberikan bantuan dalam aspek akademik bagi memastikan pelajar berkenaan boleh meneruskan pengajiann­ya.

Dengan penuh rasa tanggungja­wab, UMS berasa sangat kesal dan turut berdukacit­a terhadap peristiwa tidak diingini yang telah menimpa mangsa.

Pengurusan UMS akan memastikan sebarang perlakuan jenayah dalam kalangan warganya tidak terlepas daripada tindakan undang-undang dan akan diadili sewajarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia