Utusan Borneo (Sabah)

Azriel juara Pertanding­an Piala LKC

-

Tahun Satu SJKC Chi Wen Azriel Jeffri Chin telah menjuarai Kategori Antarabang­sa peringkat umur 7 tahun Pertanding­an Piala LKC Abakus Mental Arithmatik dan Matematik Antarabang­sa 2018 ke-6.

Sementara murid Tahun Dua SJKC Chi Wen, Nicole Tiong Yen Hui muncul naib juara Kategori Antarabang­sa peringkat umur 8 tahun.

Wilayah Persekutua­n Labuan telah menghantar 12 peserta yang berumur 7 hingga 10 tahun daripada Modern Arithmetic Centre Labuan untuk menyertai pertanding­an kali ini.

Mereka adalah Azriel (7), Jaiden Oi Jun Shen (7), Aaron Ean (7), Nichole (8), Quinston Lim Xii Harn (8), Lim Xing Thong (9), Cliven Han Jen (9), Goh Ee Jay (9), Nur Aneesa Aira (10), Adwin Teo Hui Huang (10), Wong Xin Rou (10) dan Len Bao Jun (10).

Mereka diiringi oleh Pengetua Mary Lau dan Tan Shiau Sez.

Secara keseluruha­nnya kesemua peserta telah menunjukka­n keputusan yang baik dalam kategori Maha Kuasa, Rookie dan Matematik.

Sementara itu, Mary berasa sangat gembira atas kejayaan pelajarnya dalam pertanding­an itu.

Beliau juga merakamkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka sehingga memperoleh­i keputusan yang cemerlang.

Beliau berharap lebih ramai lagi pelajar akan menyertai pertanding­an Abakus dan Mental Arithmetic pada masa akan datang.

Seramai 535 pelajar dari Malaysia, China, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Australia menyertai pertanding­an itu.

Pertanding­an yang berlangsun­g di Dewan Hakka Tanjung Lipat, Kota Kinabalu itu dianjurkan bersama Syarikat Lui Kim Chock Sdn Bhd dan Persatuan Malaysia Abakus Mental Arithmatik.

Ia dikelolaka­n oleh Persatuan Abakus Mental Arithamati­k Republik China Cawangan Malaysia Timur.

 ??  ??
 ??  ?? MURID-MURID Modern Arithmetic Centre Labuan yang menyertai pertanding­an itu.
MURID-MURID Modern Arithmetic Centre Labuan yang menyertai pertanding­an itu.
 ??  ?? AZRIEL (kanan) bersama Nicole.
AZRIEL (kanan) bersama Nicole.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia