Utusan Borneo (Sabah)

Timba ilmu baharu

Warga PPKI SMK Lajau sertai Program Pengantara­bangsaan empat hari di Brunei

-

“Objektif program pengantara­bangsaan itu adalah untuk menimba pengalaman dan pengetahua­n baharu yang membolehka­n SMK Lajau menjadi lebih cemerlang di peringkat antarabang­sa. Selain itu, ia membolehka­n para pelajar dan guru berpeluang berinterak­si secara efektif dan produktif bersama rakan-rakan dari latar belakang yang berbeza. MOHD JAMATIN ABD LATIP Pengetua SMK Lajau

SERAMAI 44 warga Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) SMK Lajau Wilayah Persekutan Labuan menyertai Program Pengantara­bangsaan di negara Brunei Darussalam selama empat hari.

Rombongan yang terdiri daripada 13 guru, tiga pembantu pengurusan murid dan 28 pelajar itu diketuai oleh Pengetua SMK Lajau Mohd Jamatin Abd Latip.

Turut bersama rombongan ialah Penolong Kanan Pendidikan Khas Noraini Haji Sabudin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Jasmi Sabtu, Pengarah Projek Mohd Fizree Zakaria, Pengurus Keselamata­n Mohd Aminuddin Fahmi Mohd Zahari, Pengurus Penginapan Muhd Zuraihi Razali, Muhammad Ashrah Mat Yuti, Rata Anak Lutau, Juliana Jamrin, Zurinah Haji Daud, Sadiah Jakob, Noordiana Abdul Karim, Maslinah Mohammad, Herlina Alimuddin, Rita Jamin dan Noorsalbin­ah Salleh.

Ketibaan rombongan SMK Lajau disambut oleh Pengetua Sekolah Menengah Menglait Haji Osman Rajab, Timbalan Pengetua Pentadbira­n Hajah Khadijah Awang Haji Mohd Salleh, Timbalan Pengetua Akademik Dayangku Aminatun Farida Pg Haji Mohd Ali dan warga sekolah berkenaan.

Sepanjang program lawatan itu, pelbagai aktiviti telah disusun antaranya lawatan pengantara­bangsaan ke sekolah yang melaksanak­an Program Pendidikan Khas iaitu SM Menglait.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan berkongsi pengalaman berkaitan dengan Program Pendidikan Khas di sekolah itu.

Jamatin berkata, antara objektif program pengantara­bangsaan itu adalah untuk menimba pengalaman dan pengetahua­n baharu yang membolehka­n SMK Lajau menjadi lebih cemerlang di peringkat antarabang­sa.

“Selain itu, ia membolehka­n para pelajar dan guru berpeluang berinterak­si secara efektif dan produktif bersama rakan-rakan dari latar belakang yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan balas pada majlis resepsi meraikan peserta rombongan yang tiba di SM Menglait, Brunei.

Selain mengadakan lawatan ke sekolah, rombongan juga tidak melepaskan peluang melawat beberapa tempat yang menarik seperti Muzium Maritim Brunei, Muzium Teknologi Melayu, Rimba Garden Central dan Muzium Alat Kebesaran Diraja yang mempamerka­n pelbagai alatan sejarah Diraja Brunei.

Pada sebelah malam pula, ahli rombongan menerima undangan ke Restoran C’Dah Seafort & Grill dan diminta untuk membuat persembaha­n angklung.

Pelajar PPKI telah menunjukka­n bakat mereka dalam bermain alat muzik angklung di hadapan pelanggan C’Dah Seafood & Grill sambil menikmati jamuan makan malam.

Jamatin berkata, apabila pelajar membuat persembaha­n di khalayak ramai, secara tidak langsung ia akan menanamkan rasa keyakinan diri dalam setiap pelajar, seseuai dengan salah satu objektif lawatan pengantara­bangsaan permainan angklung pelajar PPKI SMK Lajau.

Katanya lawatan ke sekolah itu mendapat liputan berita daripada Radio Televisyen Brunei Darussalam, termasukla­h membuat rakaman penuh persembaha­n angklung pelajar PPKI SMK Lajau.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua AJK pelaksana yang berusaha gigih menjayakan program itu.

“Ini merupakan ruang dan peluang yang baik buat SMK Lajau menjalinka­n kerjasama di peringkat antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR Pendidikan Khas SMK Lajau membuat persembaha­n angklung di hadapan warga SM Menglait.
PELAJAR Pendidikan Khas SMK Lajau membuat persembaha­n angklung di hadapan warga SM Menglait.
 ??  ?? WARGA SM Menglait bergambar bersama rombongan SMK Lajau.
WARGA SM Menglait bergambar bersama rombongan SMK Lajau.
 ??  ?? OSMAN (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Jamatin, diperhatik­an Jasmi (dua kiri) dan Pegawai Kementeria­n Pendidikan Brunei Darussalam Haji Awang Ali Yusri Abd Ghafor (kiri).
OSMAN (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Jamatin, diperhatik­an Jasmi (dua kiri) dan Pegawai Kementeria­n Pendidikan Brunei Darussalam Haji Awang Ali Yusri Abd Ghafor (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia