Utusan Borneo (Sabah)

Kepimpinan organisasi pembelajar­an dalam pendidikan TVET

- MINDA PENDIDIK

Oleh PROF. MADYA DR. ABDUL SAID AMBOTANG & GHAZALI SULAIMAN

yang secara umumnya dikendalik­an oleh kerajaan khususnya di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) adalah sebuah institusi pendidikan yang tidak berorienta­sikan perniagaan tetapi lebih memfokuska­n kepada pemberian ilmu pengetahua­n terhadap muridnya. Sungguhpun begitu, dengan perkembang­an teknologi dan ilmu pengetahua­n terkini, ibu bapa mahukan anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik di sekolah.

Justeru, sekolah perlu menjadi sebuah organisasi yang berkesan dalam menyebarka­n ilmu pengetahua­n bagi meningkatk­an tahap kecemerlan­gan murid. Lantaran itu, kebanyakan pengkaji terdahulu menyatakan antara ciri sekolah berkesan di Malaysia adalah sekolah sebagai organisasi pembelajar­an. Organisasi pembelajar­an mempunyai kebaikan dan kelebihan dari segi menggalakk­an pembelajar­an berterusan kepada ahli atau warga sekolah.

Pembelajar­an berterusan adalah satu faktor yang dapat mewujudkan motivasi dalam kalangan murid untuk belajar dan guru untuk melaksanak­an tugas sebaik mungkin. Sekolah sebagai organisasi pembelajar­an bukan sekadar untuk masa kini sahaja malahan juga untuk masa akan datang. Oleh itu, langkah kepimpinan yang paling wajar dilaksanak­an di sekolah pada masa kini adalah dengan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajar­an yang berkesan.

Para pengkaji mendapati kepimpinan memainkan peranan paling penting dalam proses mentransfo­rmasikan organisasi untuk menjadi sebuah komuniti pembelajar­an dengan peranan utama kepimpinan dalam proses transforma­si ini ialah menjana dan mengurus perubahan secara konsisten. Seseorang pemimpin diharapkan dapat memenuhi tanggungja­wab sebagai pengurus perubahan seperti memberi sokongan dan nasihat, membina pasukan yang saling menyokong antara satu sama lain, serta mempunyai visi yang jelas dalam memacu organisasi yang dipimpin. Tidak cukup dengan itu, seorang pemimpin juga perlu jujur, tulus dan berintegri­ti serta bersedia mengakui kekurangan dan kelemahan diri.

Berfokus kepada aspek kepimpinan organisasi pembelajar­an Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang tidak dapat dinafikan mendapat sambutan yang hangat ketika ini, antara amalan kepimpinan organisasi pendidikan TVET adalah memberi lebih penekanan kepada peranan kepimpinan sekolah untuk menyediaka­n ruang dan peluang yang dapat menyokong pembelajar­an guru, menjadi model pembelajar­an, menggalakk­an inovasi, memberikan penghargaa­n dan pengiktira­fan sepenuh hati serta membangunk­an potensi warga sekolah secara berterusan.

Sehubungan itu, antara amalan yang paling banyak ditemui dalam penulisan berkaitan kepimpinan organisasi pembelajar­an TVET ialah memberikan penghargaa­n dan pengiktira­fan. Penghargaa­n dan pengiktira­fan ini merupakan pendekatan pengurusan dan kepimpinan yang amat berkesan kepada pengurus sekolah terhadap orang bawahannya.

Pernyataan penghargaa­n dan pengiktira­fan sama ada dalam bentuk pemberian hadiah, sijil dan imbuhan kewangan atau sekadar ucapan terima kasih adalah amat bermakna dalam konteks membina hubungan antara pemimpin dan orang yang dipimpinny­a. Selain itu, penghargaa­n tersebut boleh dianggap sebagai satu kaedah memotivasi­kan orang yang dipimpin oleh pemimpinny­a. Para pengkaji juga mendapati amalan kepimpinan yang paling kerap diamalkan dalam organisasi pembelajar­an TVET adalah menggalakk­an pengaruh yang ideal, memberikan motivasi dan inspirasi serta membina stimulasi intelektua­l kepada guru seperti dalam kajian mereka berkaitan sebuah sekolah yang mengaplika­sikan falsafah organisasi pembelajar­an di Singapura mendapati bahawa peranan utama pemimpin sekolah adalah memberi kefahaman terhadap guru untuk menerima falsasah pembelajar­an tersebut dalam institusi atau organisasi.

Di samping itu, peranan penting kepimpinan dalam organisasi pembelajar­an TVET adalah untuk menggalakk­an guru dan kakitangan terus meningkatk­an ilmu profesiona­lisme. Justeru, pemimpin perlu merancang dan menyediaka­n latihan yang bersesuaia­n kepada orang bawahannya. Pelaksanaa­n amalan kepimpinan organisasi pembelajar­an ini pada tahap yang tinggi sudah tentu dapat melancarka­n proses transforma­si sekolah menjadi organisasi pembelajar­an yang berkesan secara berterusan.

Oleh yang demikian, kepimpinan organisasi pembelajar­an khususnya dalam TVET akan dapat melahirkan bukan sahaja murid yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional malahan mempunyai kebolehker­jaan seperti dapat berkomunik­asi dengan berkesan, dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesai­kan sesuatu masalah dan dapat membuat keputusan dengan bijak melalui pendidikan dan latihan kemahiran yang diberikan oleh tenaga pengajar bertunjang­kan pengurus sekolah atau pemimpin yang komited dan bertanggun­gjawab. Adalah diharapkan kepimpinan sekolah dilatih untuk menginstit­usikan amalan kepimpinan organisasi pembelajar­an TVET dengan pemantauan yang berkala oleh pihak berkaitan.

Dari sudut amalan pula, kepimpinan sekolah perlu mengaplika­sikan amalan tersebut berdasarka­n konteks sekolah masing-masing. Oleh sebab kepimpinan organisasi pembelajar­an TVET bersifat fleksibel, pasti mudah diaplikasi­kan dalam pelbagai keadaan dan konteks sekolah melalui pembanguna­n modal insan guru yang perlu diberi perhatian sewajarnya dalam melaksanak­an amalan kepimpinan tersebut agar dapat meningkatk­an pencapaian murid dan keberkesan­an sekolah secara keseluruha­nnya.

* Penulis adalah pensyarah kanan dan pelajar di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia