Utusan Borneo (Sabah)

Muhyiddin angkat sumpah anggota Parlimen Pagoh

-

TAN Sri Muhyiddin Yassin (gambar) pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Pagoh di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Majlismeng­angkatsump­ahitu diadakan sebelum persidanga­n Dewan Rakyat bersidang pagi Selasa.

Mohamad Ariff selepas itu mengalu-alukan kehadiran Muhyiddin yang juga Menteri DalamNeger­idanmenguc­apkan tahniah atas kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Beliau turut berharap Muhyiddin dapat memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah dengan berhujah secara baik, dalam usaha memastikan institusi Parlimen negara kekal disegani oleh setiap lapisan masyarakat.

“Seperti saya ingatkan sebelum ini, Dewan Rakyat ini mempunyai kedudukan tertinggi dalam menentukan undang-undang negara dengan tujuan memberi manfaat terbesar kepada rakyat. Ia mempunyai kewibawaan sendiri dan melengkapk­an cabang pemerintah­an yang lain.

“Justeru, peranan Parlimen sebagai medan perbahasan dan perdebatan haruslah dihayati sebaiknya dalam usaha-usaha menambah baik dan penggubala­n undangunda­ng haruslah diteruskan supaya Parlimen disegani dan dirahmati segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bercuti sejak 12 Julai lepas bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada pankreas.

Beliau menjalani pembedahan itu di Singapura baru-baru ini dan dibenarkan keluar dari Hospital Mount Elizabeth pada 7 Ogos lepas.

Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abdul Halim sebelum ini dilaporkan berkata tahap kesihatan Muhyiddin semakin baik ketika ini dan beliau dijangka kembali bertugas serta menghadiri beberapa mesyuarat bermula minggu ini.

Muhyiddin dijangka menjalani rawatan susulan termasuk kimoterapi untuk tempoh enam bulan sebagai langkah memastikan masalah ketumbuhan­nya tidak berulang.

Sementara itu ketika ditemui di lobi Parlimen selepas itu, Muhyiddin berkata kesihatann­ya kini sudah bertambah baik dan beliau sedamh dalam proses pemulihan.

Katanya beliau telah dinasihatk­an oleh doktor untuk tidak terburu-buru memulakan tugas dan akan mengambil masa bagi mengembali­kan kekuatan sebelum mula berkhidmat semula.

“Selepas Raya Haji nanti saya akan memulakan proses rawatan kimoterapi atas cadangan doktor yang berpendapa­t adalah baik selepas pembedahan berjaya, perlu ada susulan dengan rawatan kimoterapi sebanyak 12 kali dalam masa enam bulan,” katanya.

Ketika ditanya bila beliau akan mulabekerj­asemula,Muhyiddin berkata ia bergantung pada keadaan kesihatann­ya.

“Jika saya bertambah sihat, saya akan mula bekerja...kerja yang ringan-ringan dan saya juga boleh hadir mesyuarat tetapi tidak panjang, ini semua atas nasihat doktor. Kalau saya boleh hadir dalam mesyuarat jemaah menteri saya akan hadir,” katanya.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia