Utusan Borneo (Sabah)

Laporan akhir Ripad Wilayah Selatan siap 31 Oktober

-

KAJIAN Rancangan Induk Pengangkut­an Awam Darat (Ripad) bagi Wilayah Selatan telah memasuki fasa laporan akhir yang dijadual siap pada 31 Okt ini, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Kamaruddin Jaafar (gambar) berkata kajian di peringkat laporan akhir ini akan menimbang semula keperluan untuk membina semula atau menaik taraf rangkaian laluan landasan kereta api dari Seremban ke Port Dickson

“Kajian Ripad bagi Wilayah Selatan melibatkan kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Seremban dan Port Dickson (kawasan Negeri Sembilan) termasuk dalam kajian ini bagi memperhalu­si dasardasar yang digariskan dalam Ripad negara,” katanya pada sesi soal jawab lisan pada Selasa.

Beliau menjawab soalan asal daripada Datuk Danyal Balagopal Abdullah (PH-Port Dickson) yang ingin tahu apakah rancangan atau langkah yang telah diambil mengikut Rancangan Malaysia ke-11 (20162020) dalam membina semula rangkaian landasan kereta api itu.

Mengenai projek Rel Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Kamaruddin yang juga anggota Parlimen Bandar Tun Razak berkata keputusan akhir akan dibuat di peringkat Kabinet.

“Sekiranya projek HSR tidak terlaksana, maka laluan bas di kawasan (Seremban dan Port Dickson) akan dipertingk­atkan lagi supaya ia dapat menampung keperluan pengangkut­an rakyat,” katanya menjawab soalan tambahan yang dikemukaka­n Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu).

Jalaluddin ingin tahu pelan alternatif kementeria­n bagi memastikan jaringan pengangkut­an awam menerusi hub penghubung antara kawasan pembanguna­n Malaysian Vision Valley seluas 108,000 hektar di Negeri Sembilan dan kawasan lain sekiranya projek HSR tidak diteruskan oleh kerajaan. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia