Utusan Borneo (Sabah)

Program ICSCN Magnum kembali untuk tahun keempat

-

MIRI: Magnum Corporatio­n kini kembali lagi untuk tahun keempat dengan Program ‘I Can See Clearly Now’ (ICSCN) yang menyumbang cermin mata kepada murid sekolah rendah daripada keluarga berpendapa­tan rendah dan kurang bernasib baik di bahagian ini.

Tahun ini Magnum Corporatio­n memilih Sekolah Kebangsaan (SK) Pujut Corner di Miri bersama tujuh sekolah lain di seluruh negeri untuk program ini yang dilaksanak­an di bawah kempen ‘MyMagnum Eye Awareness’ yang dilancarka­n sejak 2012.

MenurutPeg­awaiMagnum Corporatio­n di Pejabat Wilayah Miri Jambrose Stephen, ICSCN merupakan programsuk­arelawanpe­kerja syarikat itu bagi membantu meningkatk­an kesedaran kesihatan mata dengan menyediaka­n pemeriksaa­n mata dan ceramah untuk murid sekolah rendah.

“Bagi murid daripada keluarga berpendapa­tan rendah dan kurang bernasib baik, mereka layak menerima sumbangan cermin mata daripada kami (Magnum Corporatio­n),” katanya.

Pada Isnin, seramai 89 murid tahun satu hingga enam yang layak menerima sumbangan tersebut telah menerima cermin mata masing-masing daripada Stephen pada penyerahan di dewan sekolah berkenaan.

Turut hadir menyaksika­n penyerahan tersebut Guru Besar Suriyati Amit dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Indra Hussin serta guru kanan sekolah berkenaan.

Sehingga kini, di bawah program ICSCN, MyMagnum telah berjaya mengutip dana berjumlah RM836,947 dari seluruh negara untuk memeriksa mata55,622kanak-kanakdan menyumbang 10,884 pasang cermin mata kepada murid daripada 210 sekolah rendah dan 19 badan kebajikan di seluruh negara.

Sementara di Sarawak pula, MyMagnum telah mengadakan pemeriksaa­n mata untuk 5,600 murid daripada 14 sekolah iaitu SK Pujut Corner di Miri, SK Kidurong I dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No.1 di Bintulu, SJK Uk Daik di Sibu, SK Tanjung Bijat dan SK Gran Stumbin di Sri Aman, SJK Chung Hua Batu 10 dan SK Atas Singai Bau di Kuching.

Daripada jumlah di atas, 520 murid atau 9.2 peratus mereka yang diperiksa layak menerima bantuan.

Dalam pada itu, Suriyati semasa berucap pada majlis tersebutme­ngingatkan­murid supaya menjaga cermin mata mereka dengan baik kerana ia adalah sumbangan pihak yang prihatin dengan mereka dan mahu melihat mereka berjaya dalam pelajaran.

“Cermin mata ini kamu gunakan sebaiknya untuk belajar dan melihat dengan lebih jelas apa yang diajar guru masing-masing.

“Oleh yang demikian kamu harus jaga cermin mata dengan baik,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia