Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbakar, 25 penghuni hilang tempat tinggal

-

KUCHING: Lima keluarga membabitka­n 25 penghuni hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam satu insiden kebakaran melibatkan empat unit rumah kos rendah dua tingkat di Taman Malihah dekat sini petang Isnin.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohammad, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.50 petang semalam berhubung kejadian tersebut.

“Kita mengerahka­n 23 anggota dari tiga balai bomba iaitu Petra Jaya, Padungan dan Batu Lintang ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Manakala jumlah jentera yang dikerahkan ke lokasi pula melibatkan dua jentera FRT, dua ambulans dan tiga unit motosikal gerak cepat,” katanya ketika ditemui di lokasi, pada Isnin.

Tambah Nor Hisham, tiada kemalangan jiwa dalam insiden kebakaran itu dan api padam sepenuhnya jam 4.05 petang.

Beliau menjelaska­n, kebakaran itu menyebabka­n dua rumah kos rendah teres dua tingkat di bahagian atas yang mempunyai struktur kekal terbakar 100 peratus.

“Manakala dua unit lagi rumah bersebelah­an kiri dan kanan terjejas sebanyak 30 peratus akibat bahang haba, anggaran keluasan untuk setiap pintu adalah 600 kaki persegi,” jelasnya.

Menurutnya, unit rumah di bahagian bawah pula turut terjejas akibat air diguna untuk memadam kebakaran.

“Dalam siasatan awal, kita mendapati kebakaran bermula dari sebuah rumah bernombor 9 di tingkat atas yang mana penghuniny­a tiada di rumah ketika kejadian.

“Kita masih mengenal pasti punca sebenar kebakaran dan menilai anggaran jumlah kerosakan akibat kebakaran ini,” ujarnya.

Selain itu, beliau memuji tindakan pantas orang ramai memaklumka­n insiden kebakaran itu kepada pihak berkaitan dan kecekapan anggotanya dalam mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan rumah lain.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman ketika ditemui di lokasi kejadian memberitah­u, pihaknya akan membantu mencari tempat tinggal sementara bagi menempatka­n mangsa.

“Ada di kalangan mereka menumpang di rumah saudara mereka di sini dan bagi yang tidak mempunyai tempat tinggal, kita akan membantu mereka mencari tempat tinggal sementara.

“Kita akan berbincang dengan Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) untuk menempatka­n sementara mangsa ini di Taman Dahlia,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI penyiasat bomba menjalanka­n penyiasata­n untuk mencari punca sebenar kebakaran.
PEGAWAI penyiasat bomba menjalanka­n penyiasata­n untuk mencari punca sebenar kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia