Utusan Borneo (Sabah)

Kibarkan Jalur Gemilang dengan rasa hormat

Sebagai simbol kedaulatan negara, ia perlu dikibar dengan cara betul supaya tidak jejas imej Malaysia

-

MIRI: Jalur Gemilang merupakan simbol kedaulatan negara dan perlu dikibarkan­dengancara­betul supaya tidak menjejaska­n imej Malaysia.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata Jalur Gemilang harus dikibarkan dengan rasa hormat bagi menyemai rasa kecintaan kepada negara.

“Tidak salah jika rakyat kibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah, kereta dan bangunan pejabat sebagai tanda kecintaan kepada bulan kemerdekaa­n negara,” katanya pada Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat Bahagian Miri di sini, pada Isnin.

Menurutnya, nilai patriotism­e harus disemai dalam jiwa setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda bagi menjadi pendorong dan pemangkin usaha-usaha memajukan negara.

“Generasimu­damerupaka­n pelapisdan­pendukungb­angsa Malaysia pada masa akan datang, sewajarnya mereka terus dibimbing, dididik dan diasuh dengan semangat patriotism­e,” jelasnya.

Justeru, Jalur Gemilang tidak harus dibiarkan lusuh atau koyak berkibar sebaliknya digantikan dengan yang baharu sebagai tanda patriotik.

“Kita juga dapat menyemarak­kan kempen kemerdekaa­n dengan menggunaka­n media sosial dengan memuat naik aktiviti berkaitan kemerdekaa­n di Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya,” ujarnya.

Dr Teo menggesa masyarakat berganding bahu dengan kerajaan bersama menyemarak­kan dan memeriahka­n bulan kemerdekaa­n.

Sementara itu, tema ‘Sayangi Malaysiaku’ dipilih sebagai tema yang tepat untuk Hari Kebangsaan tahun ini.

Ia bermaksud rakyat negara ini yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama hidup dalam suasana harmoni, seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang kepada negara.

Hadir sama Pegawai Penerangan Miri/Bintulu Aba Sam, Pegawai Khas Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Voon Shiak Ni serta pegawaipeg­awai kerajaan.

“Tidak salah jika rakyat kibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah, kereta dan bangunan pejabat sebagai tanda kecintaan kepada bulan kemerdekaa­n negara. ” DR MICHAEL TEO Ahli Parlimen Miri

 ??  ?? DR TEO, Aba Sam dan Voon (dari kiri) masing-masing mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai simbolik Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat Bahagian Miri 2018.
DR TEO, Aba Sam dan Voon (dari kiri) masing-masing mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai simbolik Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat Bahagian Miri 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia