Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak Baru tubuh jawatankua­sa kerja kaji, bukukan isu-isu politik semasa

-

KUCHING: Sarawak Baru, gabungan empat parti tempatan telah menubuhkan jawatankua­sa kerja untuk mengkaji dan membukukan isu-isu politik semasa yang berlaku di negeri ini.

Pemangku Pengerusi Sarawak Baru Cobbold John berkata jawatankua­sa kerja ini telah diputuskan pada mesyuarat antara pemimpin empat parti tersebut di Sibu, pada Ahad.

Gabungan Sarawak Baru terdiri daripada Parti Reformasi Negeri (STAR), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Menurut Cobbold, apa yang telah dipersetuj­ui pada mesyuarat tersebut ialah untuk jawatankua­sa kerja tersebut menugaskan setiap parti menjalanka­n tugas masing-masing dalam perkara yang mereka benar-benar tahu.

“Bagi tujuan itu, STAR telah ditugaskan untuk mengkaji dan membukukan isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), hakhak Sarawak termasuk ke atas sumber minyak dan gas, Akta Laut Wilayah 2012 dan Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 (PDA74),” katanya.

Cobbold yakin Presiden STAR Lina Soo dapat mengendali­kan isu dengan baik berdasarka­n pengalaman luasnya dalam hal ini manakala PBDSB pula akan ditugaskan dalam isu berkaitan hak tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), katanya yang juga presiden PBDSB.

Jelas Cobbold lagi, SWP dalam pada itu ditugaskan dalam isu berkaitan pekerja di Sarawak terutama dalam industri minyak dan gas, perladanga­n kelapa sawit dan tapak pembinaan.

“SWPjugadit­ugaskanunt­uk mengkaji Ordinan Buruh Sarawak yang mana kami rasa telah banyak peruntukan yang lapuk dan perlu dikemas kini atau dipinda untuk memenuhi permintaan serta cabaran masa kini dalam pasaran buruh,” katanya.

Sementara itu TERAS telah ditugaskan melihat isuisu berkaitan pembanguna­n infrastruk­tur dan fasiliti lain di Sarawak.

Jawatankua­sa kerja telah memberikan masa sehingga Januari tahun depan kepada semua empat parti ini untuk menghantar laporan mereka untuk dibentang pada mesyuarat kepimpinan Sarawak Baru kelak.

 ??  ?? COBBOLD (duduk, tengah) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa kerja gabungan Sarawak Baru selepas mesyuarat di Sibu.
COBBOLD (duduk, tengah) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa kerja gabungan Sarawak Baru selepas mesyuarat di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia