Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur dicekup bersama 15 peket lutsinar berisi dadah

-

KUCHING: Seorang penganggur dicekup bersama 15 peket lutsinar berisi ketulan kristal dan serbuk disyaki dadah dalam Ops Khas Samseng Jalanan yang dijalankan di Jalan Tun Abdul Rahman Yakub awal pagi Ahad.

Menurut sumber, suspek berusia 19 tahun dari Jalan Muhibbah di sini berjaya ditangkap selepas cuba melarikan diri daripada diperiksa semasa operasi yang dijalankan sekitar jam 2 pagi pada Ahad lalu.

Suspek yang sedang menunggang motosikal dilihat dalam keadaan mencurigak­an sebelum diarahkan memberhent­ikan kenderaann­ya.

Namun, suspek tiba-tiba memecut laju dan pasukan polis yang bertugas pada operasi tersebut berjaya menahannya berhampira­n simpang Masja.

Kata Sumber, ketika melakukan pemeriksaa­n suspek bertindak agresif dan berlaku pergelutan menyebabka­n suspek mengalami kecederaan di bibir dan kedua-dua belah lutut.

“Pemeriksaa­n dilakukan sambil disaksi suspek sendiri di ruang kecil menyimpan barang sebelah kiri bahagian hadapan motosikaln­ya, menjumpai satu kotak kecil jenama ‘John Master’ berwarna kelabu berisi enam peket lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Manakala satu beg kecil berwarna maroon mengandung­i sembilan peket lutsinar berisi serbuk disyaki Ketamine,” dedah sumber.

Sehubungan itu, suspek ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia