Utusan Borneo (Sabah)

Cuaca panas dan kering punca kebakaran semak

-

SIBU: Cuaca panas dan kering dikenal pasti menjadi antara punca hutan serta semak mudah terbakar khususnya di kawasan bertanah gambut di sini.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Misran Bisara semasa dihubungi pada Isnin berkata, pada Ahad pihaknya telah merekodkan tiga kes kebakaran kawasan semak yang kesemuanya berlaku di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce membabitka­n keluasan kira-kira tujuh ekar.

Misran berkata, beliau tidak menolak kemungkina­n perbuatan manusia turut menjadi punca berlakunya insiden kebakaran itu.

Ujar beliau, tanpa perbuatan manusia sekalipun keadaan cuaca yang terlalu panasjugab­olehmencet­uskan kebakaran di kawasan semak khususnya di kawasan tanah gambut di sini.

“Oleh itu, orang ramai diminta tidak membuat pembakaran terbuka dan menghindar­i perbuatan yang boleh menyebabka­n kebakaran kerana dalam keadaan sekarang, kawasan kering seperti semak dan lalang mudah terbakar.

“Hanya dengan pembakaran kecil sekalipun, api pasti akan mudah merebak,” ujarnya.

Kata Misran, jika kebakaran tersebut kecil, ia pasti dapat dipadamkan dalam masa singkat, tetapi jika sebaliknya berlaku, maka kerja mengawal kebakaran akan mengambil masa berhari-hari.

“Kebakaran dalam keadaan cuaca panas dan kering perlu dielakkan kerana kita kini menghadapi krisis bekalan air, malah kesan kebakaran juga boleh menyebabka­n berlakunya jerebu yang menjejaska­n kesihatan.

“Bau asap yang terlalu kuat juga mengganggu pernafasan. Jadi, marilah kita bersama mengelakka­n pembakaran terbuka.

“Bagi mereka yang menghisap rokok pula, janganlah membuang puntung rokok di meratarata tempat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia