Utusan Borneo (Sabah)

Perubahan Indeks FBMKLCI tidak jejas dividen KWSP: Lim

KWSP secara keseluruha­nnya masih mencatatka­n keuntungan

-

KUALA LUMPUR: Perubahan harian Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tidak menjejaska­n pengagihan dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana telah menjadi dasar KWSP untuk mengisytih­arkan dividen daripada keuntungan bersih dan nyata, kata Lim Guan Eng.

Menteri Kewangan itu berkata jika dibandingk­an dengan harga pembelian asal saham atau ‘book value’, KWSP secara keseluruha­nnya masih mencatatka­n keuntungan.

“Bagaimanap­un, saham berkenaan tidak dijual, maka keuntungan ini tidak tercatat dan merupakan keuntungan tidak nyata atau ‘unrealised gains’, katanya menjawab soalan Datuk Seri Adham Baba (BN-Tenggara) pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat semalam.

Adham meminta kerajaan mengatasi kerugian yang dialami KWSP sebanyak RM6.09 bilion dalam tempoh sebulan.

Lim berkata merujuk kepada prestasi penyata kewangan pengurusan, adalah tidak benar KWSP mengalami kerugian RM6 bilion dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata dakwaan itu kurang tepat memandangk­an ia berpandu kepada naik turun Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

“Naik turun indeks FBM KLCI dipengaruh­i oleh faktor kecergasan pertumbuha­n ekonomi, urus tadbir kewangan yang baik serta kestabilan politik di dalam dan di luar negara.

“Prestasi Indeks FBM KLCI adalah terbaik tahun ini di Asia Pasifik, yang merangkumi Jepun, Korea, China, ASEAN dan Australia setakat 13 Ogos, 2018, dengan Malaysia mencatat kenaikan sebanyak 0.04 peratus,” kata Lim.

Beliau berkata penurunan prestasi pasaran saham antara lain disebabkan oleh ketidakten­tuan hala tuju pasaran peringkat global yang semakin meningkat, termasuk konflik perdaganga­n, terutama antara Amerika Syarikat dan China, Kanada Mexico dan negaranega­ra Eropah.

Selain itu kejatuhan prestasi pasaran saham antara lain berpunca daripada kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat yang telah menyebabka­n aliran keluar dana dari negara membangun serta kejatuhan mendadak nilai lira Turki sebanyak 45 peratus sejak 2017 berbanding dolar AS disebabkan masalah dalaman, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia