Utusan Borneo (Sabah)

PKS diseru jalin kerjasama dengan IPT untuk tingkatkan teknologi

-

KUANTAN: Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digalak mengadakan kerjasama dengan universiti tempatan bagi menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Technology Developmen­t Corporatio­n (MTDC) Sdn Bhd Datuk Nurhalim Yunus berkata, kerjasama itu penting bagi membolehka­n PKS di negara ini menggunaka­n lebih banyak teknologi untuk meningkatk­an produktivi­ti dan kecekapan syarikat.

“Dalam membangunk­an syarikat, kita perlu menyuntik teknologi dan jika tidak mampu menghasilk­an teknologi itu sendiri kerana sibuk untuk mengeluark­an dan memasarkan produk PKS, kita boleh bekerjasam­a dengan MTDC dan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi membangunk­an teknologi yang diperlukan.

“Kita perlu memanfaatk­an kepakaran penyelidik­an dan teknologi dihasilkan universiti tempatan kerana projek itu dibiayai melalui dana awam yang diberikan kerajaan menggunaka­n cukai yang dibayar oleh rakyat.

“Amat merugikan jika teknologi itu dibiarkan tanpa digunakan sepenuhnya oleh rakyat termasuk usahawan PKS,” katanya kepada pemberita selepas program jelajah tahunan ‘Road2Growt­h’ Kelima peringkat Zon Pantai Timur, di sini, yang disertai hampir 100 peserta.

Menurutnya, kerjasama dengan IPT tidak seharusnya dihadkan kepada aspek pelesenan teknologi atau komersial sematamata, namun perlu dilihat secara lebih menyeluruh termasuk dalam soal pemindahan teknologi daripada IPT kepada syarikat.

“PKS juga boleh bekerjasam­a dengan IPT untuk melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n bersama untuk menghasilk­an teknologi diperlukan oleh industri tempatan selain mengambil siswazah yang dilatih dalam bidang teknologi sebagai tenaga kerja,” katanya.

Menurutnya, pada masa ini kebanyakan PKS bergantung kepada teknologi mesin yang diimport dari negara lain menyebabka­n mereka terpaksa menanggung kos pengeluara­n yang tinggi sedangkan bagi sesetengah teknologi dan alatan, ia ada dihasilkan di negara ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia