Utusan Borneo (Sabah)

Robert Redford bersara dari dunia lakonan pada usia 81 tahun

-

LEGENDA skrin dan pemenang anugerah Oscar, Robert Redford, mengumumka­n dia akan bersara daripada bidang lakonan pada usia 81 tahun, dan filem akan datang ‘The Old Man & The Gun’ adalah persembaha­n terakhirny­a di hadapan kamera.

Pelakon, pengarah dan pengasas Institut Sundance dan festival filemnya itu memulakan karier di atas pentas 60 tahun lalu, sebelum dia beralih kepada televisyen dan filem, dan akhirnya kepada pengarahan filem.

“Jangan pernah kata tidak, tetapi saya dapat merumuskan dengan agak baik bahawa ini adalah kesudahann­ya bagi saya dari segi lakonan,” katanya kepada Entertainm­ent Weekly.

“Saya akan bergerak ke arah persaraan selepas ini kerana saya sudah melakukann­ya sejak saya berusia 21 tahun,” katanya.

“Saya fikir, ya, cukuplah itu. Dan kenapa tidak keluar dengan sesuatu yang sangat ceria dan positif?”

Pegawai publisitin­ya Cindi Berger mengesahka­n artikel itu adalah tepat.

Apabila ditanya sama ada prospek persaraann­ya akan dilanjutka­n kepada pengarahan filem, ejennya tidak menjelaska­n.

“Kita akan lihat tentang perkara itu,” kata Redford kepada Entertainm­ent Weekly.

Dia pernah membayangk­an kepada cucunya dalam satu temu ramah pada 2016 bahawa wataknya dalam ‘Our Souls at Night’ bersama Jane Fonda dan ‘Old Man & The Gun’ adalah filem-filem terakhirny­a.

“Saya akan berkata, “Okay, selamat tinggal kepada semua itu’ dan kemudian hanya fokus kepada pengarahan filem,” katanya.

‘The Old Man & The Gun’ menyaksika­n anak jati California itu membawa watak Forrest Tucker, perompak bank dalam kehidupan sebenar dengan karier jenayah dan beberapa kelolosan dari penjara yang menjagkau masa lebih 60 tahun.

- Pahit-pahit manis “Itu

adalah watak yang sangat hebat utuk dibawa pada waktu ini dalam hidup saya,” kata Redford kepada Entertainm­ent Weekly.

Filem itu, yang dijadual dikeluarka­n di Amerika Syarikat pada 28 September, turut dibintangi dua pemenang anugerah Oscar, Sissy Spacek dan Casey Affleck.

Pengarah David Lowery memberitah­u majalah Empire bahawa dia merasai “beban” mengarah Redford dalamb watak skrin terakhirny­a.

“Saya berpendapa­t filem itu juga mengenai Redford sama seperti ia adalah mengenai watak ini. Ia adalah mengenai seseorang di senja hidup mereka, melakukan sesuatu yang mereka akan sukai,” kata Lowery.

“Terdapat sesuatu yang tidak dapat dielakkan mengenai watak yang mustahil untuk dipisahkan daripada Encik Redford sendiri, dan kualiti pahitpahit manis yang wujud secara semula jadi.”

Dilahirkan sebagai Charles Robert Redford, Jr pada 18 Ogos 1936 di Santa Monica, California, dia adalah anak seorang akauntan. Ibunya meninggal dunia pada 1955, setahun selepas dia menamatkan pengajian di sekolah tinggi.

Dia belajar di Universiti Colorado, tetapi tercicir setahun kemudian dan seterusnya berhijrah ke Eropah untuk belajar kesenian di Paris dan di Itali, satu pengalaman formatif yang mengubah kesedaran sosial dan politiknya.

Selepas dia kembali ke Amerika Syarikat (AS), dia pindah ke New York, di mana dia mendaftar diri di Akademi Seni Dramatik Amerika dan membuat penampilan sulungnya sebagai seorang pelakon pentas.

Selepas memegang pelbagai watak televisyen, dia beralih ke layar perak, di mana dia menemui kejayaan dengan komedi romantik ‘Barefoot In The Park’ bersama Fonda, sebelum kejayaanny­a yang besar dalam ‘Butch Cassidy and the Sundance Kid’ pada 1969.

- Sundance Kejayaan

seterusnya sebagai seorang pelakon tiba dalam ‘The Sting’ (1973), yang membolehka­nnya untuk dicalonkan bagi anugerah Oscar, ‘The Great Gatsby’ pada tahun berikutnya, ‘Three Days of the Condor’ (1975) dan ‘All the President’s Men’ (1976) yang dipuji oleh pengkritik – dengan ketampanan seluruh Amerikanya yang keperangan menjadikan­nya nama yang dikenali ramai.

Kredit lakonan lain yang besar adalah filem besbol klasik ‘The Natural’ dan kisah cinta epik ‘Out of Africa’ (1985) di samping Meryl Streep yang memenangi tujuh anugerah Oscar, termasuk filem terbaik.

Pada 1981, dia memenangi Anugerah Akademi untuk pengarahan sulungnya bagi ‘Ordinary People’ dan mempunyai beberapa kredit pengarahan lain, termasuk ‘A River Runs Through It’, di mana dia berlakon di sisi Brad Pitt yang muda, dan ‘Quiz Show’.

Dia menubuhkan Institut Sundance di Utah untuk orang yang mahu menjadi pembuat filem, selepas dia terkilan dengan komersiali­sme dan kekurangan kepelbagai­an di Hollywood.

Festival Filem Sundance yang diadakan setiap tahun itu merupakan antara yang paling berpengaru­h di dunia dan sudah mengasuh lebih satu generasi pengarah bebas.

Walaupun masyhur, Redford menjauhkan diri daripada banyak majlis anugerah dan festival filem awam, dan merupakan seorang aktivis alam sekitar dan pemulihara­an yang begitu ghairah.

Pada 2002, dia memenangi anugerah kehormat Oscar sebagai seorang pelakon, pengarah, penerbit dan pencipta Sundance.

Setakat ini, dia sudah memenangi enam anugerah Golden Globe dan satu BAFTA.

Pada 2016, dia dianugerah­kan dengan Pingat Kebebasan Presiden, anugerah awam tertinggi di AS.

Dia mengahwini isteri pertamanya, Lola Van Wagenen, pada 1958. Mereka mempunyai empat orang anak, seorang daripadany­a meninggal dunia ketika masih bayi.

Mereka bercerai pada tahun 1985 dan dia mengahwini isteri keduanya, artis German dan teman wanita lama, Sibylle Szaggars, pada 2009. — AFP

 ??  ?? ROBERT REDFORD
ROBERT REDFORD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia