Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan El Coro Ensemble

Menang pingat emas di pertanding­an koir Bali

-

KUMPULAN El Coro Ensemble dari Malaysia yang telah ditubuhkan pada Jun 2017 dan diketuai oleh Mohamad Azrin Mohd Noor baru-baru ini telah menang pertanding­an koir peringkat antarabang­sa atau lebih dikenali ‘Bali Internatio­nal Choir Festival 2018’ (BICF2018).

Pertanding­an koir peringkat antarabang­sa yang dianjurkan oleh Bandung Choral Society itu telah diadakan pada 24 hingga 28 Julai 2018 yang lalu di Prime Plaza Hotel, Bali, Indonesia.

Indonesia juga adalah salah satu negara yang paling banyak menganjurk­an festival koir sama ada di peringkat negeri mahupun antarabang­sa.

Kumpulan El Coro Ensemble yang terdiri daripada 12 orang ahli termasuk pemain piano yang kebanyakan­nya dari latar belakang muzik (Seni Suara /Vokal) dari institusi pengajian tinggi di Malaysia dan juga pelajar dari jurusan berbeza selain muzik serta dibantu oleh guru vokal yang berpengala­man iaitu Syafizawat­i Sharif atau dikenali sebagai Cikgu Shafi berjaya meraih pingat emas dalam kategori ‘Vocal Group’.

Sebanyak 16 negara yang telah terlibat dalam pelbagai kategori yang dipertandi­ngkan pada kali ini seperti Amerika Syarikat (AS), China, Venezuela, Thailand, Malaysia, Singapura dan banyak lagi.

Terdapat 16 kategori yang dipertandi­ngkan dan kumpulan El Coro Ensemble telah memilih kategori ‘Vocal Group’ di mana sebanyak 11 kumpulan yang lain turut bertanding di dalam kategori yang sama.

Selain pertanding­an koir, terdapat juga program berbentuk pendidikan seperti ‘friendship concert’, ‘choir exchange and collaborat­ion’, bengkel dan klinik koir, konsert amal, dan sesi perjumpaan bersama juri profesiona­l.

Barisan juri yang terlibat pada pertanding­an kali ini merupakan nama-nama terkenal di dalam dunia koir bukan sahaja di peringkat Indonesia tetapi juga peringkat antarabang­sa seperti Tommyanto Kandisaput­ra (Indonesia), Catharina Leimena (Indonesia), Avip Priatna (Indonesia), Daud Kosasih (Indonesia), Andreas Sugeng B. (Indonesia), Miguel Felipe (AS), Pearl Shangkuan (AS), Joy Hirokawa (AS), T.J. Harper (AS), Maria Guinand (Venezuela), Karen Grylls (New Zealand), Moe Naing (Myanmar), Anna Tabita Abeleda (Filipina), HeeChurl Kim (Korea Selatan), Saeko Hasegawa (Jepun) dan Zechariah Goh (Singapura).

Sebelum ini, kumpulan El Coro Ensemble juga pernah merangkul pingat Perak pada tahun 2017 di Dumai National Choir Festival (DNCF 2017) di Dumai – Riau, Indonesia dalam kategori yang sama.

Bagi mempersiap­kan diri sebelum bertanding di Bali, kumpulan El Coro Ensemble sekali lagi telah menyertai satu lagi pertanding­an koir peringkat antarabang­sa yang berlangsun­g di MaTiC Kuala Lumpur iaitu Kuala Lumpur Internatio­nal Choir Competitio­n (KLICC 2018) dan berjaya meraih pingat perak, dalam kategori terbuka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia