Utusan Borneo (Sabah)

Perkeso gesa lebih ramai majikan bayar caruman dalam talian

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) hari ini menggesa lebih ramai majikan membayar caruman dalam talian melalui portal layan diri Perkeso Assist (Automated Socso Integrated System) untuk memudahkan urusan.

Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata melalui kaedah itu, majikan boleh membuat pembayaran caruman tanpa sebarang caj tambahan.

“Melalui portal Assist ini, bayaran dibuat dalam talian menerusi Pertukaran Proses Kewangan (FPX) dan majikan hanya perlu mempunyai akaun perbankan internet, sama ada akaun peribadi atau akaun korporat untuk melakukan transaksi pembayaran dalam talian.

“Majikan tidak perlu pergi ke kaunter Perkeso atau kaunter bank. Transaksi pembayaran boleh dilakukan di mana sahaja dan masa pemprosesa­n pembayaran boleh dikurangka­n dengan banyak,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama antara Perkeso, Paynet dan RHB Islamic di sini hari ini.

Mohammed Azman menandatan­gan bagi pihak Perkeso, RHB Islamic diwakili pengarah urusannya Datuk Adissadiki­n Ali manakala Payments Network Malaysia (PayNet) oleh pengarah pembayaran runcitnya, Siek Kar Teck.

Portal Assist yang dilancarka­n pada 1 Jan tahun ini bertujuan memudahkan majikan membuat pendaftara­n, mengemas kini maklumat majikan dan pekerja serta membuat bayaran caruman.

Mohammed Azman berkata sejak dilancarka­n sehingga 7 Ogos, portal Assist telah mencatatka­n 353,439 pendaftara­n majikan dan 278,730 transaksi pembayaran menerusi FPX.

Katanya, dengan FPX, majikan boleh membuat pembayaran menerusi perbankan internet seperti RHB Reflex, Maybank2e, Pbebank dan bank-bank peserta lain.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Perkeso, www.perkeso.gov.my, dan https://assist.perkeso.gov.my/ employer/login atau hubungi pusat khidmat pelanggan Perkeso di 1300 22 8000.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia