Utusan Borneo (Sabah)

Perak yakin pemansuhan GST turunkan harga rumah

-

IPOH: Perak yakin pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang digantikan dengan pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dapat menurunkan harga rumah secara menyeluruh di negeri itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri Paul Yong Choo Kiong berkata ini kerana penggunaan SST hanya dikenakan pada peringkat permulaan sahaja dan tidak melibatkan banyak transaksi.

“Saya tidak mahu semua keliru bahawa SST ini lebih menyusahka­n tetapi sebenarnya tidak. Dari segi perumahan SST akan mengenakan caj sebanyak satu kali sahaja iaitu ketika pemain industri menjual kepada distributo­r (pengagih).

“Jadi harga rumah akan menjadi lebih murah, kos pembinaan akan menurun manakala caj kontraktor akan lebih rendah dan kita akan dapat lihat perbezaan itu dengan pelancaran projek perumahan baharu nanti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Dasar Perumahan Negeri Perak 2018 di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini berhubung pemansuhan GST dan pengecuali­an SST, dijangka dapat meringanka­n tekanan membabitka­n harga rumah, bangunan perindustr­ian dan komersial.

Menurut Lim, Kerajaan Persekutua­n berharap kos pembinaan akan menjadi lebih rendah susulan pengecuali­an cukai SST ke atas bahan mentah utama seperti simen, pasir dan besi.

Mengenai bengkel dua hari mulai hari ini, Paul berkata ia diadakan bertujuan antara lain bagi mencari penambahba­ikan dan menyelesai­kan masalah perumahan selaras dengan Dasar Perumahan Negara 2.0

“Pendedahan dan perkongsia­n maklumat menjadi antara panduan utama kepada semua wakil agensi sama ada agensi kerajaan negeri, persekutua­n, syarikat berkaitan kerajaan mahupun swasta dalam merencana hala tuju perancanga­n dan pembanguna­n sektor perumahan pada peringkat negara, negeri dan tempatan,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia