Utusan Borneo (Sabah)

Kongres Sedunia Perpustaka­an dan Maklumat bakal jana RM40 juta

-

KUALA LUMPUR: Penganjura­n Kongres Sedunia Perpustaka­an dan Maklumat ke-84 (IFLA WLIC 2018) di ibu negara bulan ini bakal memberi pulangan ekonomi kepada negara sebanyak RM40 juta, kata Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata kongres selama tujuh hari bermula 24 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) adalah platform bagi menarik kedatangan pelancong luar ke Malaysia melalui pelbagai peluang perniagaan pelanconga­n.

“IFLA akan membuka ruang lebih besar kepada pelbagai inisiatif persidanga­n antarabang­sa yang lain membabitka­n pelanconga­n perniagaan, sekali gus menyumbang kepada penjanaan pendapatan negara.

“Pada 2017, sebanyak RM2 bilion pendapatan sektor pelanconga­n dijana daripada 287 penganjura­n acara pelanconga­n perniagaan melibatkan 120,528peserta­antarabang­sa,”katanya dalam sidang media prapelanca­ran IFLA WLIC 2018 di Dewan Banquet, bangunan Parlimen pada Selasa.

Malaysia terpilih sebagai tuan rumah kongres IFLA WLIC ke-84 tahun ini selepas ia dihoskan oleh Amerika Syarikat pada 2016, Poland pada 2017 serta bakal diadakan di Greece pada 2019.

Kongres tersebut anjuran Perpustaka­an dan Institusi Antarabang­sa (IFLA) dan Perpustaka­an Negara Malaysia dengan sokongan kementeria­n dan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).

Berhubung perkembang­an kedatangan pelancong ke Malaysia tahun ini setakat Ogos, Mohamaddin berkata ia menunjukka­n pertambaha­n yang baik terutama dari China, India, Timur Tengah dan Eropah.

Beliau berkata sehingga April, sebanyak8.4jutapelan­congdireko­dkan dengan kira-kira sejuta daripadany­a adalah pelancong dari China.

Ketika ditanya trend kehadiran pelancong susulan kesan daripada pelbagai isu melibatkan projek usahasama Malaysia dan China yang dihenti atau ditangguh, Mohamaddin berkata perkara berkenaan tidak memberi kesan terhadap ketibaan pelancong luar termasuk dari China sendiri.

“Malah kementeria­n mendapati lebih ramai yang berkunjung ke Malaysia, ditambah pula dengan musim buah durian ketika ini. Sasaran kehadiran 33 juta pelancong tahun ini juga diyakini mampu dicapai dan pastinya tidak ketinggala­n Tahun Melawat Malaysia 2020.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia