Utusan Borneo (Sabah)

Jemaah OKU zahir penghargaa­n kepada TH

-

MAKKAH: “Terima Kasih TH”, itulah ungkapan yang acap kali keluar daripada mulut Abd Razak Said, orang kurang upaya (OKU) yang dibawa oleh Tabung Haji (TH) ke Tanah Suci untuk menunaikan haji pada musim ini.

Abd Razak yang berusia 67 tahun, yang datang bersama-sama isteri, Juairiah Abd Wahab, 65, dan anak perempuann­ya Nur Adnin Abd Razak, 28, tidak henti-henti melahirkan rasa syukur kepada Allah dan terima kasih kepada TH kerana telah banyak membantu beliau sekeluarga untuk ke Tanah Suci.

“Daripada Alor Setar (rumah), TH jemput kami menaiki ambulans terus ke lapangan terbang. Pertolonga­n TH ini umpama rahmat daripada Allah SWT kepada kami sekeluarga untuk meringanka­n kesusahan kami.

“Alhamdulil­lah, pihak TH juga bagi kami (sekeluarga) duduk sebilik, semasa di Madinah dan di Makkah. Itu telah memudahkan kami, terutamany­a saya apabila mahu menggunaka­n bilik air. Anak dan isteri saya boleh menolong saya,” katanya semasa ditemui oleh media di sini, hari ini.

Perasaan terharu turut dikongsi bersama isterinya Juairiah yang amat tersentuh melihat kesungguha­n TH untuk memastikan mereka sekeluarga dapat tiba ke Tanah Suci dengan selamat.

“Segala usaha yang TH lakukan kepada keluarga saya, terutamany­a suami, memang saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Saya terharu melihat keikhlasan mereka menolong kami sekeluarga,” katanya.

Abd Razak kehilangan kaki kanannya dalam satu kemalangan pada 2005, dilanggar oleh sebuah bas semasa pulang dari kerja menaiki motosikal.

Berikutan kemalangan tersebut, Abd Razak koma selama kira-kira sebulan dan kaki kanannya terpaksa dipotong akibat mengalami pendarahan yang serius di bahagian tersebut.

Abd Razak dan keluargany­a yang telah mendaftar untuk menunaikan haji pada 2007, pernah ke Tanah Suci pada 2012 bagi menunaikan umrah.

Sementara itu, Nur Adnin, graduan lepasan diploma dalam jurusan Pembantu Perubatan di Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Johor, berkata beliau dan ibunya akan bergilir-gilir untuk menolak kerusi roda ayahnya setiap kali pergi dan pulang dari masjid.

“Semasa di Madinah, kami (saya dan ibu) bergilir-gilir tolak (kerusi roda) ayah. Masa buat umrah di Makkah tempoh hari pun kami begilir-gilir tolak ayah masa tawaf. Saya pesan pada ibu supaya tak berehat lama sangat nanti kita lambat habis (tawaf),” katanya.

 ??  ?? ABD Razak sebak menceritak­an perjalanan­nya sekeluarga ke tanah suci bersama isteri dan anaknya, Juairah Abd Wahab, 65 (kanan), Nur Adnin Abd Razak, 28.
ABD Razak sebak menceritak­an perjalanan­nya sekeluarga ke tanah suci bersama isteri dan anaknya, Juairah Abd Wahab, 65 (kanan), Nur Adnin Abd Razak, 28.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia