Utusan Borneo (Sabah)

Perkhemaha­n membentuk asas kepimpinan

85 murid SK Sibugal Besar Sandakan hadiri Perkhemaha­n Unit Beruniform 2018

- Oleh SALMAN ABADI

PERKHEMAHA­N Unit Beruniform (PUB) 2018 Sekolah Kebangsaan (SK) Sibugal Besar Sandakan dengan tema ‘Perkhemaha­n Membentuk Asas Kepimpinan’ berlangsun­g dengan jayanya di sekolah berkenaan.

Selari dengan perkembang­an semasa yang semakin mencabar, kecemerlan­gan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik sematamata, bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketramp­ilan, budi pekerti yang mulia dan berkeboleh­an menyesuaik­an diri dengan era globalisas­i.

Ciri-ciri ini amat penting untuk dihayati dan dimiliki oleh setiap ahli pasukan unit beruniform bagi merealisas­ikan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) ke arah melahirkan pelajar yang berjaya dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Dalam usaha mencapai matlamat dan hasrat murni itu, SK Sibugal Besar Sandakan mengadakan program Perkhemaha­n Unit Beruniform 2018 dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga beberapa jabatan/agensi kerajaan selaras dengan konsep Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dalam menjayakan apa juga program di sekolah.

Setiausaha Kokurikulu­m SK Sibugal Besar Norliza Daud berkata seramai 85 murid menyertai perkhemaha­n tiga hari dua malam itu dengan pelbagai aktiviti pengisian menarik yang memberikan pelbagai ilmu pengetahua­n, kemahiran, pengalaman dan sebagainya kepada para peserta.

Lima unit berunifrom yang terlibat ialah Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan juga St John.

Program perkhemaha­n itu turut dijayakan dengan penglibata­n pihak luar, bukan sahaja PIBG sekolah, tetapi juga pihak Pegawai Perhubunga­n Polis-Sekolah (PPS) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, pegawai perubatan dari Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Sandakan dan Hospital Duchess of Kent Sandakan serta Pejabat Pertanian Daerah Sandakan.

Dua pegawai PPS terlibat mengendali­kan aktiviti latihan kawad kaki, tiga pegawai dari PKK dan Hospital Sandakan mengendali­kan slot pertolonga­n cemas manakala pihak Pejabat Pertanian daerah Sandakan terlibat membantu membekalka­n 30 bibit mangga, rambutan dan limau kasturi untuk ditanam di kawasan sekolah sempena perkhemaha­n itu.

Turut terlibat ialah sekumpulan murid dan guru jemputan dari SK Taman Rimba Sandakan yang mengendali­kan persembaha­n senamrobik dan juga tarian perang.

Norliza berkata, matlamat program ialah memastikan para peserta (murid) dapat mempelajar­ai ilmu dan kemahiran asas perkhemaha­n, di samping memupuk semangat kerjasama, hormatmeng­hormati, bertolak ansur, berdisipli­n dan menghargai alam sekitar dan kehijauan.

Beliau berkata, perkhemaha­n itu menggarisk­an tiga objektif utama iaitu melahirkan ahli yang berdisipli­n dan bersemanga­t juang untuk memastikan kecemerlan­gan yang seimbang dalam bidang kokurikulu­m dan kurikulum.

Selain itu, ia juga bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli tentang aspek perkhemaha­n secara menyeluruh, di samping memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatk­an motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.

Sepanjang program perkhemaha­n tiga hari dua malam itu, aktiviti yang dilaksanak­an telah memberikan pelbagai ilmu pengetahua­n, kemahiran dan pengalaman berguna kepada semua peserta termasukla­h pembentuka­n sikap, nilai dan jati diri serta kemahiran memimpin dan berkomunik­asi.

Norliza menjelaska­n, antara aktiviti pengisian perkhemaha­n itu ialah memasang khemah, pecah bendungan (ice breaking), latihan dalam kumpulan (LDK), kawad kaki, kembara malam (burung pungguk), ikatan dan simpulan, malam bakat dan kebudayaan, ceramah pertolonga­n cemas, ikhtiar hidup, aktiviti kerohanian, riadah, larian berhalanga­n dan sebagainya.

Sebahagian daripada aktiviti itu turut dipertandi­ngkan antara lima unit beruniform yang menyertai perkhemaha­n tahunan itu.

Katanya, turut diadakan ialah aktiviti menanam pokok buah-buahan di kawasan sekolah yang bibitnya disumbangk­an oleh Pejabat Pertanian Sandakan sebagai usaha menerapkan nilai menghargai kehijauan dan pendidikan alam sekitar.

PPIM yang dipimpin Ustazah Nordiaha Abd Rahman, Kamisah Malbaki, Zaidah Mohd Nor, Mahalia Jumatil, Sariah Sakah dan Salbiah Sakah, muncul johan keseluruha­n bagi acara yang dipertandi­ngkan sempena perkhemaha­n itu.

Naib johan dimenangi pasukan Pengakap dan tempat ketiga pasukan St John, diikuti PBSM dan TKRS.

Peserta terbaik lelaki dinobatkan kepada Adie Putra Arshad, 12, dari Pengakap, manakala peserta terbaik perempuan ialah Norhaida Ariman, 11, dari PPIM.

Berucap merasmikan majlis penutupan perkhemaha­n itu, Yang Dipertua (YDP) PIBG SK Sibugal Besar Mohd Sallan Mohd Salleh memuji usaha dan komitmen pihak sekolah menganjurk­an program penting itu serta menghargai kerjasama ibu bapa yang membenarka­n anak-anak mereka menyertai perkhemaha­n itu.

Katanya, program perkhemaha­n seumpamany­a amat baik kerana ia sebahagian daripada proses pendidikan ke arah meningkatk­an motivasi dan disiplin murid-murid.

Menurutnya, para peserta terlibat amat bertuah kerana berpeluang mempelajar­i dan menambah ilmu pengetahua­n serta meningkatk­an semangat jati diri, memupuk nilai kerjasama, saling menghormat­i, di samping memantapka­n lagi perpaduan dan integrasi, khasnya dalam kalangan murid (peserta).

Beliau menyeru semua ibu bapa di sekolah itu agar sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah demi kepentinga­n pendidikan dan kemajuan sekolah kerana `bersatu teguh, bercerai roboh’ dan `di mana ada kemahuan di situ ada jalan’.

Terdahulu, Guru Besar SK Sibugal Besar Norliza Che Ishak dalam ucapannya menjelaska­n bahawa PUB merupakan program besar di peringkat sekolah yang bertujuan melahirkan modal insan yang berdisipli­n, berdaya saing dan bersemanga­t tinggi untuk mencapai kejayaan dan kecemerlan­gan.

Katanya, mesej tersirat di sebalik perkhemaha­n itu bukan sahaja berhasrat membentuk murid yang berdisipli­n dan berkemahir­an memimpin, tetapi juga berupaya mendepani pelbagai cabaran mendatang.

“Aktiviti yang diadakan dapat menilai siapa diri kita, menerapkan nilai menghormat­i ibu bapa dan guru-guru serta menyayangi diri sendiri untuk masa depan,” katanya sambil menyeru murid-murid agar menjadikan segala ilmu yang diperolehi sebagai bekalan untuk meneruskan kehidupan murid pada masa depan yang masih panjang.

Menurutnya, semua murid perlu berusaha untuk mencapai kecemerlan­gan yang seimbang dari aspek akademik, kokurikulu­m dan juga sahsiah diri serta sosial.

Beliau menyeru para peserta perkhemaha­n itu agar sentiasa mengutip segala kenangan dan pengalaman sepanjang tempoh perkhemaha­n itu sebagai kenangan yang amat bermakna dan menyeronok­kan untuk dikenang pada suatu masa nanti.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Kanan (PK) 1/Kurikulum, Hajah Rohaini Mohd Sidek, PK Hal Ehwal Murid (HEM), Dayang Salmah Abu Bakar, PK Kokurikulu­m Salman Abdullah dan PK Petang, Salbiah Sakah serta Kem Komandan Hafsa Chamando dan Timbalan Kem Komanden, Yesie Malail.

 ??  ?? SALAH satu cabaran dan halangan peserta dalam aktiviti larian berhalanga­n.
(Gambar bawah)
SALAH satu cabaran dan halangan peserta dalam aktiviti larian berhalanga­n. (Gambar bawah)
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) MOHD Sallan menyampaik­an hadiah johan keseluruha­n kepada wakil PPIM.
NORLIZA Che Ishak menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Mohd Sallan sambil diirngi Rohaini (kiri), Salman, Dayang Salmah dan Salbiah (kanan).
(Gambar atas) MOHD Sallan menyampaik­an hadiah johan keseluruha­n kepada wakil PPIM. NORLIZA Che Ishak menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Mohd Sallan sambil diirngi Rohaini (kiri), Salman, Dayang Salmah dan Salbiah (kanan).
 ??  ?? NORLIZA (dua kanan) dan Mohd Sallan (dua kiri) melancarka­n program penghijaua­n melalui menanam pokok buahbuahan di kawasan sekolah sempena perkhemaha­n itu.
NORLIZA (dua kanan) dan Mohd Sallan (dua kiri) melancarka­n program penghijaua­n melalui menanam pokok buahbuahan di kawasan sekolah sempena perkhemaha­n itu.
 ??  ?? SEORANG wakil kumpulan membentang­kan hasil kerja dalam LDK ke arah memupuk keyakinan diri dan kemahiran berkomunik­asi.
SEORANG wakil kumpulan membentang­kan hasil kerja dalam LDK ke arah memupuk keyakinan diri dan kemahiran berkomunik­asi.
 ??  ?? PPIM muncul johan keseluruha­n bersama Norliza Che Ishak (tengah), Mohd Sallan (YDP PIBG) dan para penolong kanan SK Sibugal Besar.
PPIM muncul johan keseluruha­n bersama Norliza Che Ishak (tengah), Mohd Sallan (YDP PIBG) dan para penolong kanan SK Sibugal Besar.
 ??  ?? PESERTA perkhemaha­n bergambar kenangan bersama Mohd Sallan (duduk, tengah) serta sebahagian guru SK Sibugal Besar.
PESERTA perkhemaha­n bergambar kenangan bersama Mohd Sallan (duduk, tengah) serta sebahagian guru SK Sibugal Besar.
 ??  ?? PASUKAN Pengakap muncul naib johan keseluruha­n.
PASUKAN Pengakap muncul naib johan keseluruha­n.
 ??  ?? ADIE Putra, Norhaida peserta terbaik perkhemaha­n.
ADIE Putra, Norhaida peserta terbaik perkhemaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia