Utusan Borneo (Sabah)

Tabs Bandaraya akan sertai pertanding­an di Labuan

-

KOTA KINABALU: Program Tunas Asas Bola Sepak Persatuan Bola Sepak Sabah Bandaraya Kota Kinabalu (Tabs SAFA Bandaraya KK) akan menyertai Pertanding­an Bola Sepak Jemputan Bawah 16 Tahun di Labuan bulan depan.

Pertanding­an sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2018 itu dijadualka­n berlangsun­g pada 7-10 September.

Sehubungan dengan itu, Tabs SAFA Bandaraya KK telah membentuk pasukan dari kalangan peserta program mingguanny­a berkenaan untuk menghadapi pertanding­an itu.

“Penyertaan kami ke Labuan itu adalah atas jemputan penganjur. Ia adalah peluang bagi mendedahka­n pemain bertanding­diluarkawa­sanyang tentunya akan memberikan kesan lebih positif terhadap proses kemajuan prestasi mereka.

“Kami akan buat persiapan sebaiknya kerana kami difahamkan pertanding­an itu juga akan disertai pasukan luar negeri,” kata salah seorang jurulatih Tabs, Michael Wong.

Micheal bersama seorang lagi jurulatih, Awang Sabtu Jamil dipikulkan tugas membawa pasukan itu ke Labuan manakala pengurus pasukan adalah Jumat Jimmy.

Pertanding­an anjuran Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) dan Majlis Sukan Labuan (MSL) dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSSWPL) dan Perbadanan Labuan (PL) itu dikatakan turut menjemput pasukan dari Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Brunei.

“Persiapan kami termasukla­h dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabat­an dengan pasukan tempatan,” kata Mike.

Terbaru, mereka telah mengadakan perlawanan persahabat­an dengan pasukan program pembanguna­n Kelab Bola Sepak Perpaduan Penampang (PUFC) kendalian Jumin Gondikit dan Mathius Sulaimandi­PadangBKom­pleks Sukan Penampang.

Tabs menang perlawanan itu 5-0.

Turut menyaksika­n perlawanan­ituadalahP­engarah Teknikal PUFC, Edwin Jomiji dan jurulatih-jurulatih keduadua program pembanguna­n bola sepak berkenaan.

-Oleh VITALIS G BINGKASAN

 ??  ?? ANGGOTA pasukan Tabs Bandaraya dan PUFC termasuk pegawai dan jurulatih keduadua pasukan bergambar bersama sebelum perlawanan.
ANGGOTA pasukan Tabs Bandaraya dan PUFC termasuk pegawai dan jurulatih keduadua pasukan bergambar bersama sebelum perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia