Utusan Borneo (Sabah)

Jaminan sedia peralatan sukan yang mencukupi

Kementeria­n yakin penganjura­n kejohanan terbuka Sibu pada September ini berjaya

-

SIBU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan memberi jaminan menyediaka­n peralatan sukan mencukupi menjelang penganjura­n Kejohanan Terbuka Sibu pada September ini.

Setiausaha Tetap kementeria­n itu, Hii Chang Kee berkata pihaknya turut mengkaji keperluan alat-alat sukan lain untuk disediakan di Stadium Tun Ahmad Zaidi di sini.

“Saya meminta kakitangan kementeria­n di Sibu untuk berhubung dengan persatuan seberapa segera.

“Kami turut memastikan peralatan sukan disediakan mencukupi bagi menjayakan penganjura­n kejohanan terbuka Sibu pada September depan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Persatuan Olahraga Sibu (SDAA), Ting Siew Nguong mendakwa pengursan Stadium Tun Zaidi enggan meminjamka­n peralatan sukan untuk latihan atau semasa penganjura­n sukan sekolah.

Ting mendakwa, kegagalan pihak pengurusan stadium memberikan kerjasama akan memberi kesan negatif terhadap pembanguna­n sukan khususnya di bahagian ini.

Pengerusi SDAA, Dr Gregory Hii turut melahirkan kekecewaan­nya dan menyifatka­n perkara tersebut tidak harus berlaku.

Menurut Hii, matlamat mereka adalah sama iaitu demi pembanguna­n sukan di Bahagian Sibu.

Beliau berkata, pegawai kerajaan harus bekerjasam­a rapat dengan mereka dari badan sukan tempatan untuk memajukan sukan di bahagian ini.

Sementara itu, Pegawai Pengurusan Stadium Tun Zaidi, Sibli Yusof menafikan pihaknya tidak mahu membantu.

Katanya, kegagalan mereka bekerjasam­a bukan bermaksud enggan meminjamka­n peralatan sukan seperti yang diminta.

Beliau berkata, beberapa peralatan sukan dalam simpanan pihaknya sudah usang dan sedang menunggu untuk dilupuskan.

“Peralatan ini sudah berusia lebih 10 tahun dan tidak sesuai digunakan sehingga boleh mendatangk­an bahaya,” katanya.

Sibli berkata, beliau memahami keadaan dihadapi SDAA dan jurulatih sukan sekolah tetapi beliau sudah berusaha sedaya upaya menyelesai­kan kebuntuan itu.

Mengenai dakwaan SDAA terdapat beberapa peralatan masih dalam keadaan baik, Sibli menjelaska­n bahawa itu adalah tidak benar. “Apa yang kelihatan baik di luar mungkin tidak baik di dalamnya. Oleh itu, lebih baik jangan menggunaka­n peralatan lama ini bagi mengelak apaapa kejadian berlaku,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia