Utusan Borneo (Sabah)

Masturah melakar sejarah

Beraksi untuk Magoo Stars di Liga Maldives

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pemain futsal dan bola sepak kebangsaan Sabah, Masturah Majid akan bermain untuk kelab Magoo Stars di Liga Maldives 2018 pada 1525 Ogos.

Pemain berasal dari Tuaran yang juga staf Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu adalah ketua pasukan bola sepak negara pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Beliau juga merupakan pemain futsal UMS, Sabah dan kebangsaan.

Bekas ketua jurulatih bola sepak wanita kebangsaan yang juga Pengarah Pusat Sukan UMS, Mohd Asyraaf Fong Abdullah berkata, ia adalah satu sejarah kerana buat julung kalinya pemain wanita negara ini bermain untuk pasukan di liga futsal luar negara.

“Ia adalah satu penghargaa­n dan kebanggaan kerana buat pertama kalinya pemain Malaysia bermain untuk pasukan di liga luar negara.

“Ini secara langsung mengharumk­an bukan sahaja nama Malaysia tetapi juga Sabah dan UMS,” kata Asyraaf dalam kenyataan pada Selasa.

Sambilitu,Masturahma­hu memanfaatk­an sepenuhnya peluang beraksi di liga luar negara yang pastinya lebih kompetitif itu untuk menimba pengalaman bagi memperting­katkan lagi prestasiny­a.

Beliau berterima kasih kepada pengurusan UMS terutamany­a Naib Canselor Prof. Datuk Dr. D. Kamarudin D. Mudin kerana memberi pelepasan untuk membolehka­nya beraksi di Liga Maldives.

“Ia adalah satu penghargaa­n dan kebanggaan kerana buat pertama kalinya pemain Malaysia bermain untuk pasukan di liga luar negara. Ini secara langsung mengharumk­an bukan sahaja ” nama Malaysia tetapi juga Sabah dan UMS. MOHD ASYRAAF FONG ABDULLAH Bekas ketua jurulatih bola sepak wanita kebangsaan

 ??  ?? MASTURAH
MASTURAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia