Utusan Borneo (Sabah)

Fabian, Britanny Top 1 acara Tarcian Run

AIC dan MBS adakan CSR di pusat perlindung­an haiwan

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN antara yang diberi penjagaan di ALIR.

KOTA BELUD: Almacrest Internatio­nal College (AIC) dan Majlis Belia Sabah (MBS) bekerjasam­a mengadakan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di Pusat Perlindung­an Haiwan Animal Lovers Independen­t Rescuer - ALIR Shelter di Kampung Tempasuk 2, di sini pada Sabtu.

Program itu disertai 18 pelajar AIC yang mengambil Diploma Pentadbira­n Pejabat, diiringi oleh seorang pensyarah yang juga penasihat program iaitu Mohamad Azril Sulaiman serta dua kakitangan AIC.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung MBS Mohd Zikri Zainudin.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah membersihk­an kawasan tempat perlindung­an haiwan serta menyerahka­n sumbangan berbentuk barangan keperluan haiwan dan duit sumbangan yang dikutip daripada orang awam.

Penasihat program Mohd Azril Sulaiman berkata, antara matlamat program ialah memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kepentinga­n melindungi haiwan dan peranan yang dimainkan oleh ALIR.

“Selain membantu ALIR daripada aspek keperluan barangan dan dana serta memberi kesedaran kepada orang awam mengenai wujudnya pertubuhan ini, program ini mampu meningkatk­an sifat prihatin terhadap golongan

“Berbagai halangan dan cemuhan yang kami hadapi dalam menyelamat­kan makhluk Allah iaitu anjing dan kucing namun, hati kami kental untuk terus membantu menyelamat­kan anjing dan kucing, ada yang hampir mati tetapi berjaya diselamatk­an dan sehingga kini dalam keadaan ” baik dan sihat walaupun berkaki tiga dan dua. MUHD EZAMI NIZAM MAT JIN Ketua program

belia dan menggalakk­an golongan belia terlibat dengan aktiviti kesukarela­wan yang dilihat semakin berkuranga­n,” katanya.

Selaku ketua program, Muhd Ezami Nizam Mat Jin menyatakan rasa syukur kerana terlibat dengan program itu yang mana, ia mampu meningkatk­an sifat keperimanu­siaan pelajar.

Ia juga meningkatk­an sifat serta nilai-nilai murni pelajar yang terlibat dengan program serta berhasrat agar lebih banyak program seperti itu diadakan pada masa hadapan.

Katanya ALIR adalah salah satu pertubuhan bukan kerajaan di mana usaha pertubuhan ialah untuk menyelamat dan menyediaka­n tempat perlindung­an untuk anjing dan kucing yang tercedera atau terbiar.

Sejumlah 38 ekor anjing dan 50 ekor kucing yang diselamatk­an ditempatka­n di dalam rumah perlindung­an ALIR.

“Berbagai halangan dan cemuhan yang kami hadapi dalam menyelamat­kan makhluk Allah iaitu anjing dan kucing namun, hati kami kental untuk terus membantu menyelamat­kan anjing dan kucing, ada yang hampir mati tetapi berjaya diselamatk­an dan sehingga kini dalam keadaan baik dan sihat walaupun berkaki tiga dan dua,” katanya.

Beliau berharap usaha itu diberikan perhatian oleh orang awam kerana usaha mereka bukan sahaja memerlukan pengorbana­n masa dan komitmen yang tinggi, tetapi juga memerlukan dana dan sumbangan agar kelangsung­an pertubuhan itu serta haiwan yang diselamatk­an dapat diteruskan.

Mereka yang ingin menyumbang dan mendapat maklumat yang lebih lanjut, boleh merujuk di laman Facebook Animal Lovers Independen­t Rescuer (ALIR).

 ??  ??
 ??  ?? KUCING
KUCING
 ??  ?? AZRIL menyerahka­n sumbangan kepada Aldrin sambil diiringi Zikri (kanan), Ezami dan Navin.
AZRIL menyerahka­n sumbangan kepada Aldrin sambil diiringi Zikri (kanan), Ezami dan Navin.
 ??  ?? PESERTA program dan Aldrin (pengurus ALIR Shelter KB) bergambar kenangan.
PESERTA program dan Aldrin (pengurus ALIR Shelter KB) bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia