FIFA ancam untuk menggantung Nigeria, Ghana ekoran campur tangan kerajaan
LAUSANNE, Switzerland: Badan induk bola sepak dunia (FIFA), mengancam untuk menggantung persekutuan bola sepak di Nigeria dan Ghana ekoran campur tangan kerajaan.
Nigeria akan berdepan tindakan dari FIFA melainkan “pentadbiran Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) menyerahkan semula jawatankuasa eksekutif sah NFF di bawah Presiden Amaju Melvin Pinnick,” kata satu kenyataan amaran FIFA.
Nigeria mengundang pertikaian dengan FIFA pada bulan Julai apabila menteri sukan negara itu mengarahkan NFF untuk mematuhi arahan mahkamah untuk menarik balik pemilihan Pinnick dan mengiktiraf Chris Giwa sebagai presidennya.
Perbalahan sejak sekian lama tentang siapa yang berkuasa dalam NFF sudah berlarutan sejak 2014.
Giwa pada mulanya mendakwa memenangi pemilihan untuk jawatan presiden.
Tetapi FIFA tidak menyokong pemilihan itu dan mengancam penggantungan badan induk itu melainkan pemilihan semula diadakan. FIFA berkata penggantungan hanya akan ditarik balik sebaik sahaja Pinnick mengesahkan NFF sudah kembali dalam kuasanya.
Masalah di Ghana pula adalah kerana skandal rasuah menyelubungi presiden persekutuannya (GFA) yang telah digantung, Kwesi Nyantaki.
FIFA juga berdepan masalah selepas Peguam Negara Ghana mengarahkan GFA dibubarkan.
“Jika petisyen untuk memulakan proses pencairan GFA tidak ditarik balik” menjelang 27 Ogos, persatuan “akan digantung serta-merta,” kata FIFA.