Utusan Borneo (Sabah)

IMPORT HAIWAN DILARANG

JPV Sabah pertingkat kawalan pintu masuk

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sehingga kini masih tidak membenarka­n sebarang aktiviti mengimport haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing dari Sarawak ke Sabah.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong (gambar) berkata, pendirian itu telah diambil sejak pengisytih­aran wabak rabies atau anjing gila di Sarawak pada Julai tahun lalu.

“Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Sabah telah memperting­katkan kawalan pintu masuk terutamany­a melalui darat iaitu Immigratio­n Quarantine Security (IQS) SinduminMe­rapok.

“Saya juga memberikan jaminan bahawa JPV Sabah telah membuat perancanga­n rapi untuk menghalang serta menangani penyakit ini sekiranya ia dapat menembusi sistem kawalan kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad, sebagai maklum balas terhadap spekulasi bahawa wabak rabies kini merebak di Sabah.

Beliau berkata setakat ini, beberapa siri kempen kesedaran telah dilaksanak­an di Kalabakan, Tawau dan juga di Pagalungan, Nabawan.

Katanya, baru-baru ini JPV Sabah telah mengadakan simulasi ‘table top’ dan juga simulasi lapangan di Kalabakan, Tawau pada 9 sehingga 12 Julai lalu.

“Penambahba­ikan kawasan imun akan dilaksanak­an di sempadan Kalabakan-Kalimantan Utara serta Nabawan dan Pensiangan-Sarawak yang mana, semua anjing berada dalam lingkungan 30 kilometer akan diberi vaksin rabies.

“Saya menyeru orang awam supaya memberi kerjasama dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat mana-mana individu yang cuba menyeludup anjing atau kucing masuk ke Sabah,” katanya.

Junz menegaskan bahawa langkah pencegahan wabak rabies adalah tanggungja­wab semua dan semua masyarakat dinasihatk­an jangan sesekali menyeludup haiwan peliharaan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia