Utusan Borneo (Sabah)

Dua beranak lemas di Sungai Langat

-

KAJANG: Aktiviti memancing dua beranak bertukar tragedi apabila kedua-duanya mati lemas di Sungai Langat berhampira­n Taman Bangi Perdana, Bangi di sini, hari ini.

Mayat kedua beranak itu ditemukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba Selangor di dasar sungai sedalam tiga meter, kira-kira tujuh meter dari tebing sungai selepas mereka dilaporkan terjatuh ke dalam sungai berkenaan pagi Ahad.

Mayat Roslan Ismail, 49, ditemukan pada pukul 1.52 petang, manakala mayat anaknya, Ahmad Azri,18 ditemukan pada 2.20 petang, kira-kira empat meter daripada mayat Roslan.

Saksi kejadian, Rashidi Yahya, 30, berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 9.40 pagi ketika beliau tiba di sungai untuk memancing.

“Saya sampai sahaja, terus ternampak kepala mangsa dan tangan mereka terkapaika­pai, sejurus itu mereka terus tengelam. Ketika kejadian, saya berada kira-kira 30 meter dari mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini pada Ahad.

Sementarai­tu,isterimang­sa, Ajura Abdul Jalil, 48, berkata suaminya yang berkerja sebagai kontraktor binaan kerap memancing di sungai itu yang terletak berhampira­n rumah mereka.

“Memang setiap hujung minggu, dia (Roslan) akan berseorang­an ke sini, tapi hari ini anak kedua kami turut mahu ikut dia memancing,” katanya dalam nada sebak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bangi Timbalan Penguasa Bomba, Rosman Majid berkata operasi pencarian mangsa dibantu oleh tujuh anggota PPDA bersama lima anggota dan dua ekor anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9).

“Punca kejadian masih tidak dapat dipastikan dan kesemua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia