Utusan Borneo (Sabah)

Latihan ikhtiar hidup selamatkan renjer Hutan Simpan Yong

-

LIPIS: Biarpun hilang hampir dua minggu di dalam hutan tebal di Hutan Simpan Yong, Taman Negara, Jerantut, renjer Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Ahmad Tarmizi Ahmad Japli, 30, ditemukan selamat hasil latihan ikhtiar hidup dijalaniny­a di jabatan itu.

Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata setiap anggotanya telah dibekalkan dengan ‘ilmu hutan’dan latihan ikhtiar hidup sebelum mereka melakukan penugasan di lapangan.

“Setiap anggota telah diberi latihan, apabila timbul situasi sesat di hutan, hanya tiga perkara yang kita sering pesan iaitu duduk di tempat berkenaan, atau back track, atau cari sungai.

“Itu yang dilakukan oleh Ahmad Tarmizi sehingga kita berjaya menemuinya dengan selamat semalam,” katanya dalam sidang media khas di sini pada Ahad. Turuthadir­TimbalanKe­tua Polis Pahang Mohd Yusri Hassan Basri, Pengarah Perhilitan Pahang Ahmad Azhar Mohamed dan Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hasan.

Katanya Ahmad Tarmizi yang berkhidmat dengan Perhilitan Kelantan, sebelum ini pernah beberapa kali terlibat dalam mengumpulk­an dan mengemas kini data Program Kajian Harimau Kebangsaan Kali Pertama atau 1st National Tiger Survey di Hutan Simpan Belum dan Endau Rompin, namun kali pertama melakukann­ya di Taman Negara Jerantut.

Dalam pada itu, Abdul Kadir berkata pihak jabatan juga akan memberikan cuti panjang kepada Ahmad Tarmizi untuk membolehka­nnya berehat dan memulihkan perasaan trauma sebelum kembali bertugas.

“Cuti tersebut bagi membolehka­nnya meluangkan masa bersama keluarga yang sebelum ini amat risau tentang soal keselamata­nnya sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Sementara itu operasi mengeluark­an Ahmad Tarmizi dari kem pangkalan dua berjalan dengan lancar dengan menggunaka­n Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pangkalan Udara Subang.

Penerbanga­n dilakukan oleh Kapten Liong Cheong Mang dan dibantu oleh pembantu juruterban­g Penguasa Bomba Mohamad Muizz Md Pisar serta tiga anggota yang lain.

Helikopter jenis AW139 JBPM selamat mendarat di padang Sekolah Menengah Clifford pada pukul 2.05 petang.

Ahmad Tarmizi yang tidak dapat ditemu bual oleh media berikutan keadaan kesihatann­ya ,sempat memberitah­u kepada seorang daripada anggota penyelamat yang terlibat Pegawai Bomba Kanan Fuaad Jamaluddin bahawa beliau gementar apabila bomba mengeluark­annya menggunaka­n teknik ‘winching’ iaitu menaikkan ke dalam helikopter dengan menggunaka­n tali.

“Mangsa memberitah­u merasa sedikit berdebar kerana tergantung di udara. Sepanjang perjalanan beliau tidak banyak berbual, mungkin keletihan, namun kelihatan sihat dan baik,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia