Utusan Borneo (Sabah)

Bangunkan industri di KKIP

Sabah berpotensi besar dalam industri automasi

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Para pengusaha industri dalam negeri disarankan mengambil peluang untuk bertapak di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP).

Menteri Perdaganga­n dan Industri Darell Leiking berkata, Sabah mempunyai potensi yang besar khususnya dalam industri automasi, sekali gus mewujudkan pelbagai peluang perniagaan di kawasan berkenaan.

“Seperti Cut and Bend Sdn Bhd yang sudah menjalanka­n aktiviti automasi dan perniagaan mereka berjalan dengan begitu baik sekali dalam industri ini.

“Apa yang saya pelajari adalah KKIP menyediaka­n kemudahan yang sangat baik walaupun terdapat beberapa perkara yang memerlukan penambahba­ikkan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Kilang Cut and Bend Sdn Bhd di KKIP pada Sabtu.

Bagaimanap­un katanya,

perkara yang penting adalah Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF) perlu sentiasa bersedia membantu dalam apa sahaja perkara yang

berkaitan.

Darell yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, kementeria­nnya melalui agensi MIDF sudah memberikan­bantuankep­ada pemain-pemain industri di KKIP.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Melvin Disimond berkata, bagi tujuan membantu dalam pembanguna­n Sabah, KKIP menyediaka­n tempat untuk memulakan perniagaan di sekitar kawasan berkenaan.

Selain itu katanya, kerjasama kerajaan Persekutua­n diharapkan mampu mewujudkan satu suasana yang boleh menggalakk­an pelabur asing datang ke KKIP.

“Apa yang saya pelajari adalah KKIP menyediaka­n kemudahan yang sangat baik walaupun terdapat beberapa perkara yang ” memerlukan penambahba­ikkan.

DARELL LEIKING Menteri Perdaganga­n dan Industri

 ??  ?? DARELL (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan ke KKIP pada Sabtu, turut kelihatan ialah Melvin (tiga kanan).
DARELL (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan ke KKIP pada Sabtu, turut kelihatan ialah Melvin (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia