Utusan Borneo (Sabah)

Bangkit kecintaan kepada al-Quran

650 jayakan program Arafah World Quran Hour

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Lebih kurang 650 orang terdiri daripada pelajar dan murid RumahNgaji Mimbar Permuafaka­tan Ibubapa Malaysia (Mapim) Daerah Sandakan serta pelajar dari pusat-pusat Tahfiz Daerah Sandakan menjayakan program Arafah World Quran Hour (WQH) 1438H/2018M yang diadakan di Masjid Datuk Haji Pg Galpam.

Yang Dipertua Mapim Haji Otoh Sibik Sahak berkata program Quran Hour itu adalah untuk membangkit­kan kembali rasa kecintaan kepada al-Quran dan memupuk rasa tanggungja­wab untuk memberikan keutamaan kepada al-Quran daripada segalanya.

“Arafah WQH ini merupakan satu kempen berimpak tinggi yang diinisiati­fkan oleh Mapim bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bagi menggalakk­an setiap individu berinterak­si dengan al-Quran melalui ‘Baca, Faham dan Amal’.

“Ia satu usaha menjadikan nilai-nilai mulia daripada al-Quran membentuk jiwa berbudi dan penyayang sehingga menjadi cara dan gaya hidup seharian setiap insan.

“Kempen ini merupakan satu inspirasi agar manusia mampu melonjakka­n potensi diri berlandask­an kerangka fikir al-Quran,” katanya berucap pada program itu yang dianjurkan bersama oleh Mapim Negeri Sabah dan Masjid Datuk Hj Pg Galpam.

Program berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Masjid Datuk Haji Pg Galpam Datuk Hj Pg Abdul Rahman Haji Pg Galpam yang diwakili kakaknya Datuk Hajah Napsah Haji Pg Galpam.

Otoh Sibik berkata hari ini para remaja dan belia terdedahke­padakepelb­agaian jaringan kerja multimedia di alam maya seperti Facebook, Twitter, WeChat, WhatsApp, Instagram dan lain-lain, serta digelar warga netizen. Malah, setiap mereka menghabisk­an masa empat hingga lapan jam sehari melayari semua itu.

Justeru, melalui program Quran Hour itu dapat memupuk rasa tanggungja­wab dan kecintaan mereka untuk memberikan keutamaan kepada alQuran.

“Memandangk­an tugas dan peranan ini bukanlah satu tugas yang mudah, adalah menjadi harapan saya agar supaya lapisan masyarakat dan barisan kepimpinan agensi Persekutua­n dan negeri dapat membantu untuk menyemarak­kan program Arafah WQH ini pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum ini, Mapim Negeri Sabah pernah menganjurk­an Majlis Sandakan World Quran Hour pada 27 Januari 2018 dirasmikan oleh mantan Ketua Menteri Tan Sri Musa Hj Aman di Masjid Daerah Sandakan, kedua Ramadan WQH18 di Masjid At Taqwa Merpati Sandakan dan dirasmikan oleh Pegawai Tadbir Agama Bahagian Sandakan Ustaz Hj Awang Juri Ag Tahir, dan ketiga Arafah World Quran Hour.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Malaysia 2018, program Malaysia Malaysia WQH18 akan diadakan di Masjid Jannatun Naim Sri Taman di sini, dan dijangka akan disempunak­an majlis perasmiann­ya oleh Pengerusi Masjid Jannatun Naim Datuk Hj Alipuddin Hj Puyon.

Dalam pada itu, Otoh Sibik mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada Abdul Rahman kerana memberikan sokongan dan penyumbang sepenuhnya bagi perbelanja­an program berkenaan.

“Terima kasih juga kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah (Jheains) Bahagian Sandakan, Mapim Daerah Sandakan, RumahNgaji Mapim Negeri Sabah dan Daerah Sandakan, AJK Pelaksana Arafah World Quran Hour 2018 serta Jawatankua­sa Masjid Datuk Hj Pg Galpam kerana berjaya melaksanak­an program dan majlis itu dengan lancar,” katanya.

Antara pengisian program berkenaan ialah bacaan ayat dari Surah Al-Haj bermula dari ayat 25 hingga 46 yang mana, pembaca seramai 10 orang terdiri lima qari dan lima qariah daripada pelbagai peringkat usia.

Selain itu, tadabbur di sepanjang pembacaan ayat turut diadakan yang dilaksanak­an oleh Pengerusi RumahNgaji Daerah Sandakan Ustaz Rizlan Haji Apin.

Dalam perkembang­an berkaitan, Otoh Sibik berkata sebanyak 43 cawangan RumahNgaji Mapim telah ditubuhkan di Daerah Sandakan dan lima RumahNgaji Mapim Daerah telah diwujudkan iaitu di Sandakan, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

“Hasrat dan perancanga­n Mapim Negeri Sabah, dijangka akan menubuhkan RumahNgaji di Kudat dan seterusnya di setiap daerah di seluruh negeri Sabah,” katanya.

Arafah WQH ini merupakan satu kempen berimpak tinggi yang diinisiati­fkan oleh Mapim bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bagi menggalakk­an setiap individu berinterak­si dengan al-Quran melalui ‘Baca, Faham dan Amal’. Ia satu usaha menjadikan nilai-nilai mulia daripada al-Quran membentuk jiwa berbudi dan penyayang sehingga menjadi cara dan gaya hidup seharian setiap insan. HAJI OTOH SIBIK SAHAK Yang Dipertua Mapim

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta program Arafah WQH merakam gambar bersama Otoh Sibik dan Napsah.
SEBAHAGIAN peserta program Arafah WQH merakam gambar bersama Otoh Sibik dan Napsah.
 ??  ?? OTOH Sibik (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Napsah (kanan).
OTOH Sibik (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Napsah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia