Utusan Borneo (Sabah)

Calon PH DUN Balakong buat laporan polis dakwaan vandalisme

-

KAJANG: Calon Pakatan Harapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki membuat laporan polis berhubung tuduhan terhadap pihaknya yang melakukan vandalisme ke atas bahan kempen oleh MCA.

Katanya dakwaan calon MCA, Tan Chee Teong kononnya DAP merosakkan bunting dan menurunkan bendera MCA adalah tidak berasas.

“Dakwaan itu dimuat melalui ‘Facebook’ live yang diletakkan kapsyen ‘Saya (Tan) akan mengadakan sidang media berhubung vandalisme bahan kempen MCA oleh DAP’, namun selepas itu telah disunting.

“Bagaimanap­un, pihak kami telah menyimpan tangkap skrin itu sebagai bukti yang telah mencalar imej parti kami, sebab itulah kami membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang, pada Ahad.

Wong berkata pihaknya turut akan merujuk kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dan Bersih 2.0 untuk tindakan siasatan lanjut.

“Kami yakin tindakan menurunkan banner dan banting MCA bukan kerja kami dan ‘pihak tidak bertanggun­gjawab’ yang didakwa oleh MCA adalah bukan kami.

“Sekiranya mereka mendapati bahan kempen mereka dirosakkan pihak tertentu, mereka harus menyiasat dan menunjukka­n bukti, bukan terus menuduh kami,” katanya.

Semalam, Tan menerusi satu sidang media mendakwa bahawa terdapat pihak tidak bertanggun­gjawab melakukan sabotaj dengan merosakkan hampir 100 poster dan sepanduk kempennya di Kampung Kwan Tung Baru, Sungai Chua.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandang­nya Eddie Ng Tien Chie dari DAP dalam satu kemalangan jalan raya, 20 Julai lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, mendiang Ng menewaskan calon Barisan Nasional, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (Pas), dengan majoriti 35,538 undi.- Bernama

 ??  ?? CALON Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil N27 Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki membuat laporan polis berhubung dakwaan MCA terhadap PH yang melakukan vandalisme ke atas bahan kempen MCA pada sesi berkempen bagi PRK N27 DUN Balakong di IPD Kajang, pada Ahad. - GambarBERN­AMA
CALON Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil N27 Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki membuat laporan polis berhubung dakwaan MCA terhadap PH yang melakukan vandalisme ke atas bahan kempen MCA pada sesi berkempen bagi PRK N27 DUN Balakong di IPD Kajang, pada Ahad. - GambarBERN­AMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia