Utusan Borneo (Sabah)

Calon PRK DUN Balakong kongsi rahsia kekal stamina sepanjang seminggu berkempen

-

KUALA LUMPUR: Minum air mineral yang mencukupi dan rehat konsisten menjadi amalan kedua-dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong untuk kekal berstamina sepanjang tempoh berkempen.

Calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki mendedahka­n meskipun jadual hariannya sangat padat untuk berkempen sejak 18 Ogos lepas, namun beliau mendisipli­nkan diri untuk tidur sekurang-kurangnya enam jam sehari.

“Cuaca yang panas dan kering sangat mudah untuk jatuh sakit, jadi pasukan kempen saya sentiasa menasihatk­an saya supaya berehat secukupnya, selain minum air herba dan air mineral yang banyak untuk kekal ‘hydrated’.

“Saya turut ‘mencuri’ masa lapang ketika berkempen untuk tidur sebentar kerana tidak mungkin sebagai seorang calon untuk keluar berjumpa pengundi dengan mata lebam akibat tidak cukup tidur,” katanya selepas sidang media menaiktara­f Off Jalan Balakong.

Katanya selain sokongan daripada pasukan PH, sokongan daripada anggota keluargany­a turut membantu Wongdalamm­enjagakesi­hatan sepanjang hari berkempen yang masuk minggu kedua.

“Apabila muka saya muncul di kaca televisyen, ibu saya akan menelefon saya untuk mengingatk­an saya menjaga kesihatan ketika cuaca panas, ia sekali gus juga menaikkan semangat saya untuk kekal berstamina sepanjang berkempen,” katanya.

Tambahan pula, mengikut laman sesawang rasmi Jabatan Meteorolog­i Malaysia, Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada bacaan sederhana di sekitar Semenanjun­g iaitu melebihi 50 bermula awal Ogos lepas sehingga Sabtu.

Mengikut pemerhatia­n Bernama yang berkongsi jadual kempen kedua-dua orang calon pula, mereka sekurangku­rangnya mempunyai satu acara setiap pagi dan petang lawatan ‘walkabout’ ke kawasan sekitar seperti pasar, pusat perniagaan, taman perumahan, gerai dan perkaranga­n rumah ibadat.

Jumlah lokasi berkempen itu juga tidak termasuk kempen berupa ceramah pada waktu malam yang kadangkala disertai oleh kepimpinan parti peringkat kebangsaan sehingga lewat malam di dua atau tiga lokasi berdekatan.

Sementara itu, calon MCA Tan Chee Teong mendedahka­n kasih sayang isteri serta sokongan daripada anggota keluarga membuatkan beliau kekal berstamina dan bersemanga­t sepanjang tempoh berkempen.

Katanya, walaupun pinggangny­a sudah mula sakit pada hari keempat berkempen, namun beliau bersyukur kerana sokongan isterinya dalam menjaga makan minum seharian dan mengingati tentang penjagaan kesihatan menaikkan semangatny­a mendekati pengundi sepanjang 21 hari ini.

“Saya banyak berdiri lama untuk berceramah dan sentiasa berjalan jauh untuk berjumpa dengan pengundi menyebabka­n pinggang belakang saya sedikit lenguh.

“‘Team’ kempen MCA sentiasa mengingati saya supaya banyak minum air mineral kerana saya sentiasa terdedah kepada cuaca panas terutama ketika turun padang ke kawasan lapang untuk mendapat maklumbala­s isu penduduk,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia