Utusan Borneo (Sabah)

Isuzu D-Max X-Series model terhad

- (berdiri, enam dari kanan) bersama kakitangan­nya dan para pelanggan yang hadir pada majlis itu.

KENINGAU: Isuzu D-Max X-Series adalah model yang sangat terhad dan dilengkapi aksesori terhad.

Pengarah Urusan Universal Motors Sdn Bhd (UM) Chok Yun Kiong berkata kenderaan itu adalah salah satu pikap terbaik pada harga yang berpatutan di pasaran hari ini.

“Selain daripada model terhad, X-Series juga merupakan jualan percuma Merdeka cukai dengan 0 GST dan O SST,” katanya dalam ucapannya di majlis Rumah Terbuka Hari Raya dan Pengenalan kepada Isuzu D Max X Series di bilik pameran UM di sini.

Beliau berkata, sempena promosi Hari Kemerdekaa­n, UM memberi diskaun tambahan sehingga RM9,000 untuk model itu, di mana pelanggan mampu menjimatka­n sehingga RM16,000.

Di samping itu katanya, dalam tempoh dua bulan, UM mengadakan Kempen Duramiles Drive dan pelanggan berpeluang menyertai kempen itu dengan hadiah baju T pemacu ujian, pemenang cabaran duramiles akan mendapat RM3,000 untuk tempat pertama, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM1,000 dan RM500.

“Kita juga menyediaka­n peluangmem­enangiRM1,000 menerusi cabutan bertuah dan ujian,” katanya.

Chok berkata pengeluara­n kenderaan Isuzu sering mempunyai reka bentuk teknologi terkini, menjimatka­n minyak, tahan lama dan kos penyelengg­araan pada harga yang berpatutan.

“Semua ini bukan hanya untuk kenderaan pikap tetapi juga untuk trak dan lori,” katanya.

Beliau memberitah­u UM banyak berita baik untuk pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu syarikat itu, iaitu Program Kesetiaan Pelanggan (CLP) yang ditawarkan kepada pelanggan.

Melalui CLP jelasnya, pelanggan boleh menikmati lebih banyak diskaun, 26 tiket cabutan bertuah ke Korea dan Broker Yuran sehingga RM1,500.

Chok menasihati penduduk di sini untuk membuat tempahan sekarang dan berjanji akan mendapatka­n stok untuk pelanggan dengan tawaran menarik.

 ??  ?? CHOK
CHOK
 ??  ?? PARA pelanggan memerhatik­an Isuzu D-Max X-Series yang dipamerkan di bilik pameran UM Keningau.
PARA pelanggan memerhatik­an Isuzu D-Max X-Series yang dipamerkan di bilik pameran UM Keningau.
 ??  ?? CHOK (kanan) memperkena­lkan Isuzu D-Max X-Series pada majlis itu.
CHOK (kanan) memperkena­lkan Isuzu D-Max X-Series pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia