Utusan Borneo (Sabah)

“Saya tidak akan tarik balik saman, kita jumpa di mahkamah” - Khalid

-

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad tidak akan menarik balik saman yang dibuat terhadap Pengerusi Gerakan Muslimah Malaysia Wan Asshima Kamaruddin berhubung dakwaan fitnah yang beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menganjurk­an pesta gay terbesar di Kuala Lumpur.

Khalid berkata Wan Asshima tidak mengeluark­an sebarang kenyataan maaf ke atas fitnah itu sebaliknya hanya meminta maaf kerana mengaibkan­nya.

“Saya tidak nampak ia sebagai permohonan maaf yang ikhlas, dia tidak berasa kesal dengan tindakan gelojoh dan tiada fakta, dia hanya guna emosi dan kemudian menuduh saya beremosi, saya hanya menggunaka­n hak saya apabila orang memfitnah saya.

“Kerajaan Pakatan Harapan(PH)menghormat­i hak-hak bersuara tetapi orang yang mahu bersuara perlu berhati-hati dan bertanggun­gjawab atas apa yang dikatakan, kalau kenyataan yang dikeluarka­n tidak berasas dan bertujuan memprovoka­si maka dia perlu bersedia menerima tindakan daripada orang yang difitnah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Ahad.

Menjawab soalan sama ada beliau akan bertemu dengan Wan Asshima, Khalid berkata tiada sebab untuk beliau berjumpa dengannya.

“Saya tidak nampak sebab saya perlu berjumpa dengannya, mohon maaf pun belum, tarik balik kenyataan pun tidak, kalau mahu dia boleh berjumpa dengan Pegawai Tugastugas Khas untuk jelaskan tetapi lagi banyak dia cakap lagi teruk, jadi kita jumpa di mahkamah sahaja,” tambahnya.

Baru-baru ini, media melaporkan Wan Asshima menuduh Khalid membenarka­n penganjura­n pesta gay besar-besaran melalui video di laman Facebook miliknya tetapi video itu telah dipadam.

Susulan itu, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Wilayah Zulhazmi Shariff dan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hisham Fauzi.

Laporan dibuat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan menghasut kebencian dalam masyarakat.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia