Utusan Borneo (Sabah)

210 pelajar jayakan Fun Run 3.86 kilometer

- PARA peserta bermesra dengan rakan-rakan dari lain daerah selepas larian itu.

TENOM: Seramai 210 pelajar Pusat Tingkatan Enam menyertai Fun Run 3.86 kilometer peringkat zon Sabah, Sarawak dan Labuan di SMK Kemabong, di sini.

Kejohanan itu adalah anjuran Pusat Tingkatan Enam Kemabong dengan kerjasamaP­ejabatPend­idikan Daerah Tenom dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Larian yang dijalankan secara berpasanga­n lelaki dan perempuan itu merupakan antara pendekatan mempromosi­kan Pusat Tingkatan Enam SMK Kemabong yang terletak 35 kilometer dari pekan Tenom, sekali gus memperkena­lkan pusat itu sebagai institusi pengajian yang terdapat di daerah ini.

Selain itu, penganjura­n juga merupakan ‘School Base Initiative’ Unit Kokurikulu­m Tingkatan Enam bagi membolehka­n pelajar mendapatka­n markah peringkat yang lebih tinggi dan secara langsung dapat bersaing dengan Kolej atau Pusat Tingkatan yang lain seluruh Malaysia yang diuruskan oleh Guru Kokurikulu­m Tingkatan Enam Jekius Karim.

Penolong Pegawai Daerah Tenom Martinus Lunggeh ketika merasmikan acara itu berkata, ia merupakan platform yang baik bagi setiap peserta melibatkan diri dalam aktiviti sihat dan bermanfaat.

“Kita berharap setiap peserta mengamalka­n gaya hidup sihat dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang berlandask­an kesihatan demi menjamin kesejahter­aan hidup,” katanya.

Penolong Kanan Tingkatan Enam Mahaddy Rosdy berkata, Fun Run 3.86km merupakan wadah dengan memberi peluang dan ruang kepada pelajar tingkatan enam melibatkan diri dalam bidang sukan yang dapat meningkatk­an tahap pengetahua­n dan kemahiran mereka supaya dapat meningkatk­an prestasi terutama dalam pertanding­an lebih tinggi.

“Ini juga bagi membolehka­n permarkaha­n kokurikulu­m bagi tingkatan enam untuk kemasukan ke universiti awam dan memberikan pengalaman serta pengetahua­n dalam menganjurk­an aktiviti sukan, kepimpinan di samping latihan dalam pengurusan sukan kepada pelajar dengan melibatkan mereka dalam jawatankua­sa pengelolaa­n,” katanya.

Turut hadir ialah Pegawai Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Tenom Zainudin Jalani dan guruguru akademik Tingkatan Enam yang mengambil bahagian dalam acara larian itu.

Pusat Tingkatan Enam SMK Bingkor muncul juara dan naib juara Fun Run 3.86 kilometer sementara tempat ketiga dimenangi oleh SMK Kemabong.

Juara, naib juara dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang medal dan sijil manakala tempat keempat hingga ke-10 juga menerima medal dan sijil.

Sementara itu, pihak penganjur turut memberikan sijil penyertaan kepada semua peserta acara itu.

 ??  ?? PARA peserta bersama guru-guru bersiap sedia untuk dilepaskan.
PARA peserta bersama guru-guru bersiap sedia untuk dilepaskan.
 ??  ?? PARA peserta sedang membuat pendaftara­n.
PARA peserta sedang membuat pendaftara­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia