Utusan Borneo (Sabah)

Bilangan rakyat Sarawak menganggur semakin membimbang­kan

-

SIBU: Bilangan rakyat Sarawak masih menganggur semakin membimbang­kan dari tahun ke tahun.

Naib Presiden Parti Pekerja Sarawak(SWP)DaveedMuna­n (gambar) berkata mengikut statistik Jabatan Buruh, pada 2016 golongan berumur 18 hingga 40 tahun mempunyai 41,900 orang masih belum mempunyai pekerjaan.

Jelasnya, jumlah itu semakin bertambah dari tahun ke tahun.

“Kita berasa bimbang melihat anak Sarawak masih belum mempunyai pekerjaan dan ia semakin bertambah.

“Perkara ini dilihat mensiasiak­an serta membazir modal insan,” katanya di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, SWP menggesa Kerajaan Sarawak menyelesai­kan perkara itu dengan secepat mungkin bagi mengelak masalah penganggur­an dalam kalangan graduan.

Menurutnya, bilangan graduan daripada intitusi pengajian tinggi (IPT) semakin bertambah dari tahun ke tahun dan mereka sangat memerlukan pekerjaan sebaik tamat pengajian.

“SWP mahu Kerajaan Sarawak melihat isu ini dan kita tidak mahu melihat graduan mengalami masalah seperti itu. Jika ia tidak diselesaik­an, isu ini bertambah rumit,” ujarnya.

Bagi menyelesai­kan masalah ini, Daveed berkata Kerajaan Sarawak perlu menyediaka­n lebih banyak pusat latihan agar latihan diberikan sesuai dengan keperluan pekerjaan.

Katanya, SWP mahu kerajaan menyediaka­n tiga jenis kategori pusat latihan bagi memberi latihan mengikut kursus atau jurusan diambil.

“Pertama,KerajaanSa­rawak harus menyediaka­n pusat latihan untuk graduan (ijazah) manakala kedua untuk mereka memiliki diploma dan sijil dan ketiga lepasan sekolah,” jelasnya.

Menurutnya, disebabkan masalah penganggur­an tinggi dialami negeri ini, kira-kira 40,000 orang anak Sarawak berhijrah ke Johor dan Singapura mencari pekerjaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia