Utusan Borneo (Sabah)

Aliran masuk dana asing dijangka berterusan

-

KUALA LUMPUR: Trend pembeli bersih ketika ini dalam kalangan pelabur asing di Bursa Malaysia dijangka berterusan minggu ini, seterusnya menyokong indeks komposit kekal di atas paras 1,800 mata.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatka­n prestasi memberangs­angkan berbanding bursa-bursa lain di pasaran Asia Tenggara, ditutup minggu ini pada paras 1,808.59.

Ketua Penyelidik­an Inter-Pacific Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew berkata pasaran tempatan mencatatka­n jumlah aliran masuk sebanyak RM45.9 juta sepanjang minggu lepas dalam keadaan sentimen pasaran yang lebih baik.

“Mereka (dana asing) ketika ini berada dalam trend membeli.Sebaiksaha­jamereka mula (membeli), momentum akan berterusan, yang saya jangka akan berakhir sehingga akhir bulan ini.

“Saya percaya mereka dalam situasi membeli saham berharga rendah selepas jualan besar-besaran bulan lepas,” katanya kepada Bernama.

Sepanjang tempoh 230 Julai, Bursa Malaysia mencatatka­n aliran keluar bersih sebanyak RM2.02 billion apabila minat terhadap risiko terus merosot dalam keadaan ketegangan perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS)-China.

Bagaimanap­un, pasaran tempatan melantun semula yang seterusnya merangsang aliran masuk dana bersih yang positif dalam keadaan pelabur yang menjangka pendapatan korporat lebih baik ditambah dengan peningkata­n harga minyak.

Sentimen dalam kalangan dana asing tidak berubah dalam minggu kedua Ogos apabila jualan muncul semula ekoran kebimbanga­n geopolitik di Turki, yang menyebabka­n aliran keluar ketara daripada pasaran ekuiti tempatan.

Bagaimanap­un, belian konsisten daripada dana tempatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadan­kan, serta keyakinan tinggi kemungkina­n rundingan perdaganga­n AS-China yang positif, boleh membantu memulihkan sentimen dalam minggu ketiga Ogos.

Pong juga berkata pengumuman oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah yang menelan kos berbilion ringgit, tidak akan memberi sebarang kesankepad­asentimenp­asaran minggu depan kerana para pelabur telahpun mengambil kira faktor itu.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata agak terlalu awal untuk menyatakan sama ada ekuiti Malaysia akan terus meningkat lebih tinggi terutamany­a dalam konteks ketegangan perdaganga­n yang berlaku sekarang.

“Pada masa yang sama, prospek kadar faedah tinggi di negara-negara maju yang diterajui AS berpotensi mengalihka­n dana asing dari pasaran sedang pesat membangun.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia