Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan baharu perlu pantau data supaya inflasi terkawal: Najib

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu perlu memantau data dengan teliti supaya peluang pekerjaan dapat dijana dan inflasi terkawal selepas pelaksanaa­n semula Cukai Jualan & Perkhidmat­an (SST).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia juga supaya negara tidakjatuh­kedalamkem­elesetan ataupun krisis ekonomi dalam jangka pendek seperti yang diramalkan oleh beberapa pakar ekonomi bank.

“Kadar inflasi untuk bulan Jun berada pada 0.8 peratus dan naik kepada 0.9 peratus bagi bulan Julai manakala inflasi makanan untuk bandar raya Kuala Lumpur sebanyak 3.5 peratus pada bulan Julai membuktika­n harga barangbara­ng masih naik selepas cukai barangdanp­erkhidmata­n(GST) dimansuhka­n,” kata Najib dalam catatan terbaharun­ya di laman Facebook beliau.

“Walaupun saya hairan mengapa prestasi ekonomi telah bertukar hala dan merosot begini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), adalah tidak adil untuk menilai prestasi kerajaan baharu berdasarka­n cuma 4 bulan sahaja tetapi sudah tentu dasar-dasar dalam dan luar negara kerajaan baharu ada kesannya,” katanya.

Menurutnya, pertumbuha­n suku kedua keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara yang merosot daripada 5.4 peratus kepada 4.5 peratus adalah jauh di bawah kesemua unjuran pakar analisisi ekonomi.

Angka lebih rendah itu, katanya, kemungkina­n kerana semua sektor ekonomi menunjukka­n penurunan ekoran pembatalan beberapa projek namun ia diselamatk­an oleh sektor permintaan dalam negara (penggunaan domestik) apabila GST yang disifarkan menggalakk­an lebih banyak pengguna untuk membeli.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia