Utusan Borneo (Sabah)

Peserta sambutan Hari Kebangsaan 2018 bersemanga­t beri persembaha­n terbaik

-

PUTRAJAYA: Dengan berbaki lima hari lagi menjelang Hari Kebangsaan 2018, sesi raptai terus giat dijalankan bagi memastikan acara sambutan pada 31 Ogos ini berjalan lancar mengikut rancangan.

Tinjauan Bernama sejak awal pagi ini mendapati Dataran Putrajaya di Presint 2, di sini meriah dengan sesi latihan anggota pasukan pancaragam, tarian dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Seorang anggota pasukan tarian, Noor Zaidah Akhir Sepian, 17, berkata walaupun agak kepenatan menyertai sesi latihan yang bermula sejak 18 Ogos lepas, namun beliau teruja pertama kali terlibat sebagai peserta acara sambutan ini.

“Saya menyertai pasukan tarian setelah diajak oleh seorang rakan. Saya berharap dapat memberikan yang terbaik pada 31 Ogos nanti,” kata pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya.

Bagi Muhammad Syafiq Shah Wahid, 19, pula ini adalah penyertaan kali keduanya dalam acara sambutan Hari Kebangsaan selepas pertama kali terlibat pada tahun 2014.

“Dalam sambutan kali ini saya menyertai persembaha­n tarian dengan Jalur Gemilang, berbanding sebelum ini saya terlibat dalam acara kawat,” katanya sambil menambah beliau berharap tidak melakukan sebarang kesilapan pada acara sambutan nanti.

Sementara itu, dua pelajar perempuan dari Kajang, Selangor Lai Zhi Qi dan Leong Zhen Hui, turut melahirkan keterujaan mereka apabila terpilih antara 50 pembaca ikrar pada acara sambutan nanti.

“Kami dimaklumka­n oleh pihak sekolah pada awal bulan ini dan pada mulanya kami sangat teruja kerana pertama kali terlibat dalam sambutan peringkat kebangsaan. Selalunyak­amihanyame­raikan Hari Kebangsaan di sekolah sahaja,” kata Lai.

Dalam pada itu, mulai hari ini pengunjung Floria Diraja Putrajaya 2018 yang terletak kira-kira 1 kilometer dari Dataran Putrajaya turut berpeluang melihat secara dekat deretan aset-aset ATM yang akan terlibat dalam perarakan Hari Kebangsaan.

Latihan penuh sambutan akan bermula pada pagi esok yang turut melibatkan pertunjuka­n udara oleh 54 aset udara ATM antaranya helikopter, pesawat pejuang dan pesawat pengangkut.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia