Utusan Borneo (Sabah)

Kontinjen Malaysia baru mula panas: Azim

-

PALEMBANG: Ketua Kontinjen negara (CDM) ke Sukan Asia JakartaPal­embang 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yakin Malaysia mampu mencapai sasaran tujuh pingat emas kerana acara-acara berpotensi menyumbang pingat baharu bermula.

Beliau berkata tuaian pingat negara dijangka hadir menerusi sukansukan seperti berbasikal trek, pelayaran dan karate, juga emas kedua negara menerusi skuasy apabila kedua-dua wakil negara, Datuk Nicol David dan S. Sivasangar­i mara ke final acara perseorang­an wanita.

“Ini baru masuk sukansukan yang ada potensi pingat emas untuk kita. Kita punya atlet-atlet Kategori A dan Program Podium baru memulakan perjuangan mereka, kita yakin mereka akan dapat memberikan sumbangank­epadapungu­tan pingat.

Boling telah berjaya menyumbang sebutir emas dan dua perak dan kita masih harapkan satu lagi pingat menerusi acara Masters wanita esok. Sebelum ini memang ada sukan seperti bola baling dan kabaddi, yang berada dalam Kategori B, kita tidak harapkan pingat, tetapi jika dapat kira bonus,” katanya.

Beliau ditemui media Malaysia ketika hadir menyaksika­n acara boling berpasukan lelaki di Pusat Boling Jakabaring di sini.

Terdahulu, Nicol mara ke pusingan akhir selepas membenam K. Dipika Pallikal dari India 117, 11-9, 11-6 manakala Sivasangar­i, 19, mencipta satu lagi kejutan apabila mengatasi pemain nombor 16 dunia, Joshna Chinappa juga dari India 12-10, 11-6, 9-11 dan 11-7 di Jakarta.

Abdul Azim turut agak kecewa beberapa persatuan sukan yang sebelum ini menjanjika­n pingat, tetapi gagal membawa pulang sebarang pingat seperti sukan menembak dan wushu.

Sementara itu, Timbalan CDM (Palembang), Datuk Dr SS Cheema yakin kontinjen negara di kluster Palembang mampu menghadiah­kan sekurangku­rangnya dua kilauan pingat menerusi acara Masters wanita (boling) dan acara antara regu sepak takraw.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia