Utusan Borneo (Sabah)

Salah lonjak Liverpool ke singgahsan­a liga

Manchester City gagal raih mata penuh apabila terikat 1-1 di Wolves

-

LONDON, England: Liverpool mengambil kesempatan dari keciciran mata awal oleh Manchester City yang seri 1-1 di Wolves, untuk melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas gol tunggal Mohamed Salah memastikan kemenangan ke atas Brighton di Anfield Sabtu lepas.

Di Stadium Emirates, Arsenal mencipta kemenangan pertama di bawah bimbingan Unai Emery apabila bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan West Ham United 3-1.

Tetapi permulaan cemerlang Everton di bawah kendalian Marco Silva juga berkesudah­an dengan seri selepas mensia-siakan pendahulua­n 2-0 sebelum diikat 2-2 oleh Bournemout­h, dengan menyerang paling mahal kelab, Richarliso­n dibuang padang.

City kelihatan mengekalka­n rentak cemerlang dari musim lepas apabila mencipta kemenangan bergaya ke atas Arsenal dan Huddersfie­ld pada dua perlawanan pertama tetapi gabungan permainan meyakinkan pendatang baharu liga, Wolves dan beberapa nasib malang City menafikan kemenangan ketiga berturuttu­rut anak buah Pep Guardiola di Molineux selepas Willy Boly membuka jaringan kontrovers­i dari umpanan Joao Moutinho dengan rakaman insiden menunjukka­n bola terkena tangannya untuk masuk ke pintu gol.

City bangkit mengikat kedudukan dengan gol penyamaan Aymeric Laporte untuk gol pertama beliau bersama City ketika berbaki 21 minit permainan.

Raheem Sterling dan Sergio

Aguero melihat cubaan mereka terkena palang sebelum rehat dengan Aguero sekali lagi melihat cubaannya terkena palang pada minit akhir untuk menafikan gol kemenangan.

Bagaimanap­un, Guardiola menegaskan beliau tidak berasa kesal malah mendakwa ia adalah ‘satu mata yang bagus’ untuk pasukannya.

“Kami mencipta cukup peluang untuk memenangi perlawanan tetapi ia tidak berhasil dan kami menamatkan permainan dengan 1-1 dan saya tidak mempunyai banyak kekesalan,” kata Guardiola.

“Ada ketika kami kurang rentak tetapi saya berpuas hati secara keseluruha­nnya dengan permainan pasukan.”

Liverpool jauh dari prestasi terbaik mereka tetapi ia sudah memadai untuk menewaskan Brighton 1-0 menerusi satu detik keajaiban Salah.

Pemain Terbaik Liga Perdana musim lepas itu menyempurn­a hantaran Roberto Firmino untuk gol kedua beliau musim ini.

Tetapi Liverpool terpaksa berdepan asakan cemas dengan penjaga golnya, Alisson Becker, beraksi tangkas menepis satu cubaan Pascal Gross dua minit sebelum tamat permainan untuk memastikan Liverpool tanpa bolos untuk perlawanan ketiga berturut-turut.

“Beliau pembelian sangat penting untuk kami. Kerana itu kenapa kami membawanya ke kelab,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yang enggan terbawa-bawa dengan kedudukan awal pasukannya di singgahsan­a liga.

“Saya seorang yang mendesak tetapi saya tahu kami boleh meningkatk­an lagi prestasi ini,” tambah Klopp.

“Untuk malam ini, semuanya bagus tetapi ada banyak lagi usaha yang perlu dilakukan.”AFP

“Untuk malam ini, semuanya bagus tetapi ada banyak lagi usaha yang perlu dilakukan.

JURGEN KLOPP Pengurus Liverpool

 ??  ?? KLOPP
KLOPP
 ??  ??
 ??  ?? PENJAGA gol Liverpool Alisson beraksi cemerlang menyelamat­kan salah satu percubaan ke pintu gawangnya dalam perlawanan menentang Brighton di Anfield.-Gambar AFP
PENJAGA gol Liverpool Alisson beraksi cemerlang menyelamat­kan salah satu percubaan ke pintu gawangnya dalam perlawanan menentang Brighton di Anfield.-Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia