Utusan Borneo (Sabah)

Gandingan ‘MCN’ teruskan permulaan sempurna PSG

-

PARIS, Perancis: Kylian Mbappe sekali lagi memberikan sumbangan besar ketika tiga bintang jentera serangan Paris Saint Germain (PSG) berganding­an untuk kemenangan 3-1 ke atas Angers dalam aksi Ligue 1 Perancis Sabtu lepas.

Pada permulaan pertama kesebelasa­n utama sejak membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018 di Rusia, Mbappe menjaringk­an gol kedua PSG selepas rehat perlawanan di Parc des Princes dan kemudian mengumpan bola kepada Neymar untuk gol ketiga.

Sebelum itu, Edinson Cavani meraikan penampilan pertama beliau musim ini dengan gol pembukaan tetapi penalti Thomas Mangani memastikan Angers mengikat kedudukan pada pertengaha­n separuh masa pertama.

Ia adalah kemenangan ketiga dari beberapa perlawanan untuk PSG memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan liga, dan melihat semua tiga penyerang yang dikenali ‘MCN’ menjaringk­an gol pastinya memberikan kegembiraa­n buat jurulatih Thomas Tuchel.

“Ia kemenangan selayaknya tetapi sekali lagi ia perlawanan sukar,” kata Tuchel. “Kami masih belum cergas sepenuhnya ketika ini kerana kami sudah berlatih gigih sepanjang minggu.”

Ia kali pertama dalam tempoh enam bulan di mana Mbappe, Cavani dan Neymar bermain bersama, dengan Neymar tidak beraksi pada akhir musim lepas kerana kecederaan.

Tuchel juga menurunkan Angel Di Maria dalam kesebelasa­n utama, dengan keempat-empat pemain ini bernilai lebih dari 400 juta euro dalam yuran perpindaha­n untuk lima tahun terakhir.

“Bagi saya, ia adalah saat yang sangat penting untuk mempunyai Neymar dalam padang bersama-sama tiga penyerang lain seperti Angel, Kykian dan Edi,” kata Tuchel. “Saya mahu mencari satu posisi untuk semua pemain ini.”

Tuchel juga memberikan penampilan sulung kepada pemain pertahanan muda, Thilo Kehrer, yang dibeli dengan nilai 37 juta euro dari Schalke 04.

Untuk menampung kehadiran jentera serangan berbakat, Tuchel menggunaka­n formasi luar biasa 3-4-21 dan petanda awal sudah memberangs­angkan dengan Cavani menyempurn­akan hantaran Neymar untuk membuka jaringan seawal minit ke-12. -AFP

 ??  ?? MBAPPE diasak pemain Angers Thomas Mangani (kiri) dan Pierrick Capelle dalam perlawanan itu. -Gambar AFP
MBAPPE diasak pemain Angers Thomas Mangani (kiri) dan Pierrick Capelle dalam perlawanan itu. -Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia